Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
KOD MERAH : Tidak dapat pulang ke Kampus
Terkesima seketika pabila seorang pemanggil yang cukup aku kenal menerjah masuk ke talian mudah alih sekitar jam 5 pagi. Aku hanya menjawab dan suara-suara yang aku dengar hanyalah mahu lepak-lepak di rumah aku pada jam sebegitu. Hati terasa malas mahu pulang ke rumah membuatkan kereta dipandu menuju ke Damansara terchenta ini.

Safuan, Arzuan, Shafik dan juga Keyrol melangkah masuk ke dalam rumah bujang yang tidak sepertinya ini, cantik sedikit dari keadaan kapal Titanik karam. Hanya menghidangkan air teh bujang tanpa apa-apa makanan yang boleh di jamu, berbuallah kami seketika. Bagus juga mereka datang, aku yang sebuk menghabiskan sisa cerita novel yang dibaca, hanya tersenyum kerana kehadiran mereka membuatkan mata aku kembali mahu menerima cahaya-cahaya yang menerobos di ruang retina.

Mereka pulang ke kediaman hanya sesudah azan subuh berkumandang manakala aku dan Que, yang datang menumpang tidur sebelum pulang ke kampung halaman semalam, mendaki bukit untuk ke Mamak, menikmati sarapan pagi seadanya lalu pulang ke rumah dan meletakkan kepala ke bantal.

Itu hanya baru muqadimahnya....

Mataku hanya celik pada jam 11 pagi, fikiran menerawang ke ruang segenap kampus terchenta kerana aku mahu pulang ke sana, memikirkan acara besar aku yang belum aku siapkan justifikasinya. Tanpa banyak bicara, aku terus menghubungi HEP di talian 05-374****.

"Sekarang sudah KOD MERAH, semua orang luar di larang masuk untuk mengelakkan penularan H1N1 itu".

Bagi aku, jika aku seorang yang masuk, tiada apa-apa yang boleh disangsikan kerana aku bebas dari penyakit berjangkit itu.

"Kalau kamu sakit kena H1N1 itu nanti, siapa yang ingin bertanggungjawab?"

Hatiku berbisik.. jika aku terkena jangkitan, tidak lain dan tidak bukan staf UiTM saja yang menyebarkannya. Jawapan yang diberikan seolah-olah memang ramai staf UiTM terjangkit dengan penyakit itu dan dipaksa bekerja. Ha ha.. betul kan. Jika sakit, kuarantin di rumah..

"Kamu kan sudah diarahkan kuarantin, kamu tidak dibenarkan untuk ke mana-mana!"

Wah, jawapannya sungguh mudah, menuduh kami yang dipaksa pulang ke rumah kerana takut kami yang membawa penyakit ini, terjangkit pula kepada mereka (Staf UiTM).. Eh eh.. banyak cantik.

Aku juga tidak tahu apa signifikasinya, aku dan Safuan tidak dibenarkan pulang ke Kampus, kerana banyak lagi kerja yang tertangguh..

Entahlah....

Kegunaan sebenar sebuah BLOG



Bermacam kerenah aku lihat kepada penulis-penulis muda mahupun tua yang menjadikan laman blog sebagai wadah untuk meluahkan perasaan kepada umum dan mencurahkan idea, maklumat dan sebagainya. Dan sewajarnya digunakan dengan baik tanpa ada sengketa.

Seperti yang sedia maklum, kewujudan blog-blog ini tumbuh dan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Aku kira satu permulaan yang baik dalam diri masyarakat Malaysia yang sudah mula mahu melontarkan suara mereka untuk ke arah kemajuan. Permulaan yang sangat bagus dalam usaha untuk meningkat kebolehan menulis dan berkomunikasi menggunakan saluran telekomunikasi digital.

Ada juga yang menjadikan blog sebagai diari seharian untuk memudahkan penulis mengimbau masa lepas, apa yang terjadi walau tidak terlalu mendalam. Dan apa yang aku mahu katakan hari ini adalah menggunakan blog untuk melayangkan fitnah dan cacian serta kutukan.

Ramai juga yang menggunakan wadah digital ini untuk tujuan yang tidak sihat, seperti menyebarkan fitnah dan sebagainya. Bayangkan, 1/3 penduduk dunia sudah dikatakan celik internet dan celik teknologi, penyebaran fitnah memang akan berkesan dengan penggunaan saluran ini. Bagi aku, penggunaan akta fitnah yang baru diperkenalkan perlu di laksanakan seberapa ketat untuk membendung gejala ini.

Kutukan dan cacian yang tidak membina yang dilemparkan melalui laman blog juga telah mencemarkan teknologi digital masa kini. Pencemaran seumpama ini yang dikatakan sebagai penyebab pengguna semakin sakit dan tidak sihat dengan wabak penyakit seperti ini. Ini belum lagi dikira kesan yang akan menimpa mangsa yang masih belum terbukti bersalah, alih-alih wajah dan nama sudah dicemari ludah dek penangan kecanggihan teknologi. Bukan tidak boleh jika mahu menegur tetapi rasanya tidak perlu untuk mengaitkan kepada mana-mana nama atau gambar yang boleh mengaibkan.

Tuntasnya, penggunaan teknologi canggih haruslah digunakan sebaiknya dalam usaha untuk meninggkatkan kredibiliti sebagai masyarakat dunia yang bertamadun. Kita sebagai orang melayu juga masih dikandung adat dan budaya yang masih kukuh dan janganlah ia terhakis perlahan walau dengan cara apa sekalipun.

Adat dan Melayu, tidak dapat dipisahkan....

p/s: Reezwanblog masih menyokong Bahasa Melayu..


Beberapa Fakta Chumel tentang Chenta
Kala ini, aku ingin kongsi beberapa fakta chumel yang boleh diaplikasikan dalam perhubungan dua hala yang diwujudkan. Tak kisah la.. Chenta ke, kawan ker.. sahabat ker.. apa-apa saja juga boleh. Mari ya kita ikuti.

  1. Kalau sesorang meminati seseorang, tidak semestinya cantik atau kacak. Yang penting baik hati, sopan dan sebagainya. Motifnya, yang hensem dan chantique tu, kalau burox perangai bley main jauh-jauh ya.. Kalau hensem, cantik + baik, sopan..Kira pakej la tu.. (Aku termasuk dalam pakej tak?
  2. Lelaki atau Wanita akan menyukai pasangannya mempunyai banyak persamaan dengan mereka diawal perhubungan tetapi akan mula merasa bosan dengan persamaan tersebut. Jadik, walau banyak persamaan, jangan selalu lakukan sama-sama kerana nanti takot putus di tengah jalan plak..
  3. Ha.. ni best.. sebenarnya lelaki ni mengetahui perasaan seseorang wanita tu, but saja buat tak hendah buat tak reti. Ala-ala macho la tu. Geli la kite ye...
  4. Majoriti pasangan akan berdebar-debar peluh satu badan kala mengahadiri DATE pertama. Takut, segan semua ada. Tapi dalam hati... tak siapa yang tahu.
  5. Bila jawapan pasangan.. Erm, tengok la dulu, nanti fikir ya... maksudnya TIDAK SETUJU.. so.. kalau rajen pegi la pujuk but kalau dia setuju jugak maksudnya dia lakukan dengan tidak ikhlas.
  6. Bila lelaki putus dengan pasangannya, lelaki akan buat-buat dunno di hadapan kawan-kawan lain tetapi bila di rumah, 5 - 6 kotak jugak la tisu ke tong sampah...
  7. Pompuan plak, kira 80% yang hanya memberi hint kepada lelaki yang diminati dengan harapan dapat la jadi BF. Tapi ade 20% yang muka tak malu ala-ala perigi mencari timba....
  8. Air mata ni senjata tau. Kalau air mata wanita ni pistol, air mata lelaki ni senapang... Lagi la tangkap syahdu yer dan ramai lelaki dah mula menggunakan senjata.
So korang semua leh la gunakan fakta yang diberikan dengan sebaiknya ya... Salam bercuti untuk semua warga UiTM.
Aku BANNED Burger King...
Aku hanya ke kedai makcik lebih kurang jam 2.00 petang. Kelihatan Meera sudah bersedia untuk ke tempat curah bakti. Aku hanya mengucapkan frasa-frasa biasa:

"Hye makcik.. macam mana kehidupan hari ini. Adakah sihat"

Terkesima melihat aku pulang ke KL kerana secara tiba-tiba tanpa khabar berita kerana UiTM di tutup kerana wabak H1N1 itu. Aku dengan selambanya menjamah roti chanai kepunyaan pakcik kerana lapar. Itu je yang nampak, makan je la kan. Ahakz...

Kelihatan Meera sedang bermuram durja kerana kekasih berubah perangai dari satu macam ke satu macam yang lain. Aku lantas mengajak Meera untuk ponteng kerja dan berjalan-jalan di One Utama sambil menonton muvie Harry Potter dan makan-makan untuk menghilangkan lara di hati.

Sesampainya di sana, perut sudah berkeroncong dan mencari tempat untuk mengisi perut. Sesudah berfikir beberapa kali, Burger King menjadi arah tujuan kerana sudah bosan menjamu McD dan KFC setiap kali. Memesan burger kegemaran, Burger King (BK) Whopper dan Meera memesan Grilled Chicken Burger, harganya agak mahal. Hampir RM30.00. Tapi itu biasa dengan persekitaran ekonomi negara sekarang ini. Memang Burger King harganya agak mahal dari restorang makanan cepat siap yang lain.

Sedang aku menunggu pesanan siap dihidangkan, mata aku tertancap seorang BANGLA or NEPAL or somethin sedang menyediakan burger kami itu dan pekerja Burger King yang sedang menyediakan hidangan itu tidak langsung menggunakan SARUNG TANGAN (Glove), TONG atau SPATULLA (Penyepit). Segalanya menggunakan tangan yang tidak bersarung. Eeee.. agak geli ya... Meletakkan sayur salad ke atas roti dengan hanya menggenggam sayur tersebut.

Bagi aku, Kedai-kedai makanan segera mempunyai kod etika kebersihan yang standard dan sijil halal yang dikeluarkan juga memperuntukkan untuk menggunakan sarung tangan, penyepit dan sebagainya. Kursus penyediaan makanan yang aku hadiri beberapa tahun lalu juga menegaskan untuk menggunakan sarung tangan untuk mengendalikan makanan. Bagaimana, BURGER KING yang mempunyai rangkaian Fraincais seluruh dunia tidak mengamalkan kebersihan makanan secara total.

Apa yang berlaku semalam hanya lah aku memulangkan semula apa yang sedang dan sudah dihidangkan dan meminta REFUND terhadap semua wang aku dan aku membuat panggilan ke pusat Khidmat Pelanggan Burger KING tetapi tiada jawapan dan aku tidak teragak-agak untuk melaporkan ke NCCC (National Consumer Complain Centre), Burger King, HDC (Halal Development Centre), JAKIM, MBPJ dan sebagainya.

Aku telah beralih ke tempat makan yang lain yang aku kira lebih selamat dan mengamalkan kebersihan secara total. Berkenaan dengan complain tersebut, aku akan postkan nanti saja ya.



H1N1 - Apakah UiTM saja menjadi mangsa?
Seperti ada yang tidak kena kan.. Kenapa UiTM saja yang di war-warkan media arus perdana yang mempunyai wabak Influenza A selepas 3 cawangannya ditutup sejak beberapa hari lepas. Permulaannya dengan kampus Melaka, Penang dan akhirnya kampus Seri Iskandar, iaitu kampus aku yang terchenta.

Hanya mendapat berita di dalam class OE, sedang membuat pembentangan tiba-tiba terlihat mereka yang berada diluar berpusu-pusu pulang ke kolej kerana mendapat arahan meninggalkan campus selewat-lewatnya 12.00 hari ini. Langkah Kementerian Kesihatan yang mengarahkan penutupan sepertinya mempunyai PRO dan KONTRA..

Pro
1. Dapat mengurangkan kes jangkitan wabak seakan Influenza dan H1N1.
2. Bagi cuti free.. suruh berehat

Kontra
1. Kerja akan meningkat pabila masuk semua ke dalam campus
2. Kepala otak akan OVERLOADED kala pensyarah berpusu-pusu menghabiskan sukatan.
3. Aku pula terkejar2 dengan event yang masih belum di hantar kertas kerjanya.. semuanya belum settle.
4. Membuang masa di rumah, walaupun membawa pulang buku Economy, tapi masih membuang masa.

Bagi aku, arahan penutupan ini lebih banyak kontra daripada pro (4 vs 2) tapi nilai pro itu lebih kuat iaitu takut aku pula menjadi mangsa. Tapi apakan daya kita kan.. Jika tuhan yang maha kuasa telah menetapkan kita juga menjadi mangsa, redha saja la. Apa yang boleh kita lakukan hanya berhati-hati.

So, apa yang aku lakukan di kala cuti ini ialah berkenaan dengan Event aku itu, menghubungi hotel dan cenderamata. Sambil mengecall mereka semua yang bergelar Alumni FPTP Perak untuk mereka hadir dan memeriahkan majlis aku nanti.

Sedang bersedia untuk melakukannya....
Hari yang Positif
Hati ini berbunga-bunga dan aku tersenyum sepanjang hari. Ada yang menegur pabila tiba di Unit Kolej tengahari tadi.

"Eh wan, kenapa hari ni tersenyum lebar jew"
"Biase jew, tak de ape2 yang menarik. Just happy jew."

Sebenarnya, aku hanya mempositifkan diri aku saja sejak pagi tadi. Segalanya yang negatif telah aku buang ke tepi dulu kerana mahu memulakan minggu ketiga selepas kelas pertama bermula 6hb. Berjalan ke kelas dengan yakin kerana ingin melakukan yang terbaik dalam presentation nanti.
Banner: Malam Sireh Pulang ke Gagang

Alhamdulillah, proposal aku telah diterima dan kami akan melakukan event seperti yang aku dan shahril rancang "Malam Sireh Pulang ke Gagang". Tiada lagi daun atau seni, mahupun gerak badan agresif menyelubungi semester kali ini. Hanyalah majlis makan-makan yang mengumpulkan alumni semoga bersatu kembali.

Mengenai X dan Y itu, jawapannya sudah pasti Y dan aku sangat bersuka ria kerana jawapan yang aku inginkan sudah berada di ruang kaca mata. Tapi harus aku melupakannya kerana aku perlu meneruskan hidup ini.

Safuan: Pergi mampos la ape orang laen bilang. Go on with ur life.

Oleh kerana itu juga, aku berusaha untuk mempositifkan diri dan aku berjaya. Tanpa ada perasaan terpendam dan sebagainya.

Chayok...
Ahad.. Sunday...
Sunday? apa yang ada pada Sunday? Ahad bukan? Bunyi nya dalam bahasa lidah ibu... Bangun dari tidur dan terus terlintas kepada kamu yang memulakan hari pada jam 8 pagi.. Bersiap-siap untuk menempuh "information overload". Sabar la ya.. Maaf kerana tidak mengucapkan selamat pagi.. Dan kamu juga tidak mengucap selamat kepada aku pagi ini.... Katanya sudah terlambat untuk berlari-lari ke dewan kuliah. Itu lah kamu yang terpaksa menghadiri kelas pada hari Ahad.

Aku, hanya bangun merenung waktu semasa. Sudah jam 12 tengahari. Menelefon rakan terchenta untuk makan tengahari dan mandi secukupnya, menikmati sedinginan air walaupun matahari sudah mencanak di atas kepala. Rakan terchenta sudah berada di Limpahan Buku sejak pagi, mengulangkaji pelajaran BEL katanya. Bersiap-siap ke Uptown dan bertemu dengan si bapok Safuan Over yang baru kembali dari kota metropolitan. Berfoya bersama adik terchenta... Meriah ya. Aku hanya menjalani LDK di kampus ini hanya terkesima mendengar cerita... Hanjing Fookey.

Makan bersama. Apa yang aku boleh katakan... Itu saja yang aku boleh lakukan, hanya memanggil untuk makan, dan berjalan-jalan bersama dan tidak lebih dari itu. Walaupun jawapan pasti telah aku temui yang kebenarannya adalah "Y", aku menemui bunga mekar di hati dan tidak tahu bila masa bunga itu akan layu.

Nanti dalam jam 6 nanti, aku akan keluar bersama Lily untuk foya-foya bersama rakan di UTP. Akan aku ceritakan selebihnya nanti pabila pulang ke kampus. Owh ya.. tahniah juga kepada Bapok Safuan Over yang telah menciptakan satu blog untuk tatapan. Semoga selalu mengupdate ya..
X atau Y : Masih menanti jawapannya

Persoalan X dan Y

Kenapa ya. Satu perkara yang membuatkan hatiku sentiasa berasa tidak senang, jantungku berdebar sentiasa bermain diingatan. Dan kenapa perlu untuk aku berusaha mendapatkan jawapannya. Hanya untuk menyedapkan hati sendiri tapi jika jawapannya tidak menyedapkan hati dan menambahkan lara di jiwa. Ntah.. aku memang sengaja untuk mencari pasal.

Aku telah melanggar etika dan prinsip yang dipegang seutuh akar mencengkam tanah. Sungguh senang untuk dilanggar ya. Tapi perasaan ingin tahu menyelubungi membuatkan jari-jemari terlajak melakukannya. Jawapan pasti memang belum ada tapi pilihan jawapannya sudah ada.. kini bermain pula di kerawang fikiran.

Memang benar.. X atau Y pilihannya. Memang aku berharap Y jawapannya. Tapi jika jawapannya pula X! Melara jiwa akan melanda, tapi bukti-bukti yang ada memang meletak kepercayaan kepada Y dan aku yakin memang Y jawapannya (sekadar untuk menyedapkan hati sendiri)

Tunggu saja esok. apa-apa yang terjadi, apa-apa jawapannya, tunggu saja jika aku melakukan transformasi. Transformasi yang tidak perlu wujud tapi menyelebungi minda seiring dengan tingkah laku.. Aku masih berharap Y akan menjelma sebagai jawapan.

X atau Y??
Dalam kenangan: Zaman sekolahku...






Satu hari, aku mendapat jemputan sms untuk berparti dengan rakan-rakan lama di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1 dulu. Memang banyak kenangan di sekolah itu kerana aku salah seorang peneraju arah tuju sekolah tersebut kerana aku merupakan batch pertama sekolah tersebut. 5 Sains 2, kelas yang teakhir aku duduki sebelum duduk dikerusi peperiksaan SPM dan seterusnya meninggalkan sekolah...

Reunion party? Mungkin aku dapat menghadirinya dan mungkin tidak kerana tuntutan tugas hakiki yang perlu aku selesaikan. Sesi kuliah telah bermula dan aku rasa aku tidak dapat hadir ke Parti tersebut. Kirimkan salam aku kepada mereka yang hadir. Walau banyak kenangan, aku memang sudah lupa nama-nama mereka yang berada di sampingku dulu. Tapi mereka sume mengenali aku dengan sifat pelupa itu. Ahakz... memang aku ada masalah mengingati nama dan wajah seseorang.
Logo Sekolah: SMK Puchong Utama (1)

Bagi aku, perjalanan hidup yang penuh pancaroba bermula pabila kaki melangkah ke Sekolah Menengah dan aku rasakan aku lah senior dan aku lah junior. Kerana kami semua adalah batch pertama yang memasuki penggal pertama sekolah pada 5/1/2001. Ketika itu, fasiliti yang ada hanyalah sangat minima, habuk dan debu sudah sebati dengan perjalanan hidup sebagai pelajar tingkatan 1. Masih belum ade logo sekolah, lagu sekolah.. semuanya masih tiada dan En. Mohd Mahmudi Bakri yang dipertanggungjawabkan untuk meneraju sekolah baru ini.

Semuanya masih dalam keadaan daif, Pusat Sumber masih kosong, kantin masih tiada kerusi walau operasinya sudah bergerak menjual makanan kepada pelajar, pejabat sekolah masih lagi menggunakan meja plastik. Tiada sistem siaraya yang bagus, hanya satu buah Amp saja untuk digunakan kala membuat pengumuman. Dinding2 juga masih cantik tanpa apa2 lukisan.

Segalanya dilakukan pantas. Semua fasiliti dilengkapkan dalam masa satu tahun.. Pusat sumber dirasmikan pada bulan Mei 2009. Sistem siaraya dipasang juga untuk memenuhi keperluan dewan, sukan tahunan juga telah diadakan bulan Ogos tanda komitmen sekolah terhadap sukan dan lagu sekolah serta logo sekolah telah dirasmikan dengan jayanya pada bulan Mac ketika Mesyuarat Penubuhan PIBG sekolah.

Aku pula mula aktif dalam pembangunan sekolah dan sama-sama menjadi tunjang dalam pembentukan rohani dan jasmani. Aku merupakan Pengawas Pusat Sumber yang boleh dikatakan mula-mula diterapkan dalam organisasi. Kami sama-sama membangunkan pusat sumber sekolah dengan buku-buku dan bahan-bahan bacaan ilmiah. Sistem paling minima digunakan untuk membangkitkan kesinambungan pembelajaran dan pengajaran telah kami gunakan dengan sebaik mungkin dan akhirnya, kami mendapat tempat ke 18 dari 50 dalam pertandingan Pusat Sumber terbaik, kategori penubuhan baru.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, perubahan demi perubahan yang telah dilakukan dalam masa 5 tahun sahaja. Fasiliti dilengkapkan dan ibu-bapa pula berlumba-lumba untuk memasukkan pelajar ke sekolah ini kerana bolah saya katakan sekolah ini merupakan antara sekolah yang terbaik di Puchong. Keputusan memberangsangkan telah membuatkan nama sekolah mengharumi setiap inci mukim Puchong, lantas aku salah seorang dari penyumbang bauan itu.

Kini, apa yang boleh aku katakan, namamu sekolah tetap menjadi ingatan sepanjang zaman kerana telah membentuk aku menjadi orang yang lebih berguna dan berbakti kepada masyarakat. Sehingga sekarang aku dapat mengiramakan lagu sekolah yang bertajuk Sentiasa Gemilang.

Sentiasa Gemilang

Sentiasa gemilang
Itulah kata-kata hikmat
Pendorong kejayaan
Ke arah capai matlamat

Kami semua sepakat
Bekerjasama gembleng tenaga
Mempertahankan kecemerlang
Mencapai puncak wawasan

Sentiasa Gemilang
Sentiasa Gemilang
SMK Puchong Utama (1)

Dengan semangat dan berkat muafakat
Kami yakin kami boleh
Menjadi warga yang berkualiti
Dan bertaraf antarabangsa

Sentiasa Gemilang
Itu impian itu sasaran
Menjulang namamu sekolah
Ke persada negara

Sentiasa Gemilang
Sentiasa Gemilang
SMK Puchong Utama (1)

Dalam Kenangan: 2001-2009
Induksi Pelajar Junior FPTP
Agak penat ya 3 hari bertungkus-lumus untuk mengharungi Induksi Freshie OM kali kedua ni. Aku yang dilantik secara calonan diri sindiri untuk menjadi biro makanan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik dalam menyediakan makanan kepada semua yang hadir.

Apa saja makanannya? Hanyalah air mineral dan Layer Cake Appolo yang aku beli di kedai Abang Raja di Sidec itu. Kompelen? Sungguh banyak... kerana apa? Bagaimana ya kalau mahu menyediakan makanan yang sedap dengan hanya RM 1 untuk satu kepala?

Memamg itu saja budget yang aku ada untuk menyediakan makanan untuk mereka yang bertungkus-lumus dan tidak lupa kepada adik2 yang tersangat confident dan chantique. Memang aku mengajar mereka untuk bergelar cantik. Dan tentunya hanya pelajar OM saja yang diajar untuk kelihatan cantik, cara bermekap, berpakaian dan sebagainya.

Cerita-cerita menarik? Hurm.. Ape yer?

Tiada sangat yang menarik, kerana tiada jejanz2 yang chumel untuk ditacle atau dimanja2. Hehe. Adik2 cantik ade juga tapi aku melihat adik2 cantik.. Tidak sama sekali.. ahakz.. Apa yang terjadi adalah aku jawatankuasa adhoc yang melakukan pelbagai kerjaan. MC pun aku, makanan pun aku, aturcara majlis pun aku. Semuanya aku.. dan terkadang aku menjadi resources centre.

Ada juga yang berkata kepada aku bahawa aku memang layak menjadi project manager untuk mana-mana majlis kerana aku komited dan cepat membuat keputusan. Protokol pun aku ok.. Tapi sebenarnya.... Tak de la elok mana pun sebab aku hanya menjalankan tugas seiring dengan komitmen yang aku perlu curahkan. Kalau aku diberi tugas, aku lakukan lah ia dengan amanah. Betol tak? Bagi aku, semua orang pun cam tu. Tak terkecuali kan..

Erm..malam ini, aku masih terlibat dengan ceramah tetapi kali ini aku pula yang menjadi audien. Program 3P ang perlu aku hadiri kerana sem lepas aku MC kerana demam teruk. Hari ini masih sakit kepala kerana aku mengidap migrain. Huhu.. banyak masalah btul kan aku ini? Tak pela.. apa-apapun kehidupan perlu diteruskan..

Mood: Perlukah aku sentap?
Kemungkinan-kemungkinan pabila menunggu buah yang bakal gugur...
Apa saja yang boleh aku katakan, aku sedang menunggu buah yang bakal gugur satu hari nanti dari sebatang pokok yang tegak berdiri yang disokong dengan dasar yang kukuh serta utuh, takkan bergoyang bila disentuh. Hari demi haru, sedia untuk menunggunya pabila saatnya tiba tika ia akan gugur. Tapi persoalannya bila? Harus diingat bahawa terdapat pelbagai kemungkinan yang akan timbul pabila saat dan ketikanya buah itu gugur.

Kemungkinan yang pertama
Buah itu terus jatuh dan aku dapat menyambutnya dengan tangan yang suci, menikmatinya perlahan dan terus-terusan bersyukur ke atas nikmat Maha Esa

Kemungkinan yang kedua
Buah itu terus jatuh dan aku tidak sempat untuk menyambutnya, lalu jatuh ke tanah. Walau ada sedikit kecacatan, aku akan terus menikmatinya perlahan tanpa ada rasa kecacatan yang perlu membelenggu diri.

Kemungkinan yang ketiga
Buah itu terus jatuh dan berguling, hilang entah ke mana. Aku terus beruasaha mencari dan mencari supaya dapat menikmati buah itu kerana kamu sentiasa sabar untuk menunggu buah itu jatuh. Sudah sekian lama mencari... kamu telah menjumpai buah tersebut dan menikmatinya perlahan tanpa memikirkan ada kecacatan atau tidak kerana kamu yakin, buah itulah pemberian Maha Esa kepada aku dan redha dengan pemberian itu...

dan kemungkinan yang terakhir
Kemungkinan yang keempat
Buah itu terus jatuh dan berguling jauh dari tempat ia jatuh, aku berusaha bersungguh mencarinya tetapi masih tidak dapatmencari buah itu. Akhirnya aku putus asa dan menerima seadanya bahawa buah itu bukan pemberian untuk aku dan aku redha dengan ketentuan Maha Esa.

Jadi, bersedialah dengan kemungkinan yang akan berlaku nanti, mungkin yang pertama, kedua, ketiga ataupun yang keempat. Tapi aku sentiasa berdoa supaya kemungkinan yang pertama menjadi kenyataan nanti dalam kesetiaanku menunggu buah itu gugur saban hari. Dan aku tahu.. buah itu akan gugur jua satu hari nanti....
Simulasi Pejabat
Hari ini bermula pada jam 10 pagi kerana kuliah ekonomi telah dibatalkan oleh Madam Aw. Aku hanya bangun jam 9 pagi dan baju memanggil-manggil aku untuk menyuruh aku mencucinya, Aku bangun malas-malas dan mengangkat semua alatan untuk mencuci baju-baju tersebut. Tanpa menggunakan teknologi, aku gigih bangat untuk memberus satu persatu baju-baju kotor itu.

Kelas bermula dengan surah Fatihah di dalam Lab 6, Puan Zakiah yang mengendalikannya. Ramai yang mengucapkan "tahniah" kepada aku kerana berjaya menghadapi Puan Zakiah yang terkenal dengan keakurannya dan ketepatannya. Tapi bagi aku, dia sangat baik dan baik-baik saja beliau mengendalikan kelas. Mungkin aku sudah lama mengenali beliau tapi tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan lebih dekat.

Simulasi pejabat, matapelajaran yang perlu aku hadapi pabila bersama Puan Zakiah. Simulasi pejabat ya? apa saja itu. Owh ... hanya diberikan pek pek pejabat yang perlu diselesaikan dalam masa 8 jam yang sama seperti satu hari bekerja..

Nanti saja aku ceritakan segalanya kerana aku perlu membeli buku2 di BOOK Garden...
babai
Kelas telah bermula
Sepeti dilihat kepada semester yang lepas, nama kami semua telah ditetapkan kumpulanya. Tapi kali ini, kami dengan yakinnya telah meletakkan diri kami ke dalam kumpulan yang telah kami pilih sendiri. (Kami - Aku dan Shahril, kepada yang belum mengenali)
Kami dengan ke'confindent"an nya telah mendaftar di Kumpulan C dan nampaknya tiada apa-apa pertembungan kelas seperti sem sem yang lepas. Walaupun senarai nama sudah keluar semalam, kami langsung tidak mengendahkannya, hanya mengikut kata hati. Tapi orang kata, ikut hati mati, ikut rasa binasa... Tapi kalau menurut kemahuan mereka, memang mati la kerana kelas semuanya bertembung antara satu sama lain.
Kelas pertama kami ialah OE, Organizing Event yang telah dikendalikan oleh En. Sheffek yang memberikan tugas untuk memikirkan warna dan tema. Hanya memilih warna hijau sebagai warna dan daun sebagai tema untuk acara kami nanti. Tunggu saja nanti kalau lulus, kami akan buat yang terbaik.
Kelas disambung petang dengan kelas Ekonomi yang "most Dificult" bak kata Madam Aw, memang susah katanya kerana terlalu banyak topik yang di cover hanya dalam masa 4 bulan. Kadar yang gagal pun agak tinggi dan jika markah rendah, pointer juga akan jatuh mendadak kerana subjek ini mempunyai 4 jam kredit. Satu-satunya coarse yang mempunyai jam kredit yang tinggi.
Sambung pula dengan class Mandarin 2 yang aku sangat benci. Diajarkan oleh Yeang Lao Shi, tapi kadang kala aku memikirkan, perlu untuk aku menyukai subjek ini, kerna dek penangan subjek ini yang membuatkan aku tidak dekan sem lepas. Ahakz.. tiada apa lah, aku akan cuba menyukainya perlahan-lahan.
Hurm.. susah juga ya untuk aku mengupdate blog ini kerana tiada kemudahan internet melainkan bila aku masuk ke dalam lab. Aku kali ini pun aku mengupdatenya di dalam kelas En. Mazlan. Ahakz.. Encik Mazlan!..
Komen sikit pasal Encik Mazlan, ok saja, nampaknya.. kata-kata orang yang En. Mazlan garang tiada benar kerana dia hanya mengikut mood saja. Pandai saja memanipulasi keadaan jika mood nya kala berada di dalam keadaan yang kelabu kehitaman..
Ok la.. waktu pembelajaran sudah tiba, nanti saja sambung ya.... Bye
Hari Pendaftaran Pelajar Lama.... 4 dan 5 Julai 2009
Seperti biasa, aku telah mendaftar awal di UiTM. Hari Khamis dah sampai, hanya sekadar untuk mencurahkan bakti bersama Unit Kolej dan JPK.

Aku telah menjadi salah seorang petugas di Meja Pendaftaran pada hari Sabtu dan Ahad. Hanya menunjukkan muka senior ala-ala diva ya. Ngee :D

Tidak boleh manaip panjang kerana kini berada di Pejabat Kolej untuk menghantar post ini. Nanti saja aku updatekan kepada kamu.

Nanti saja ya..
Hish.. Perubahan Drastik.. Apakah...
Saban hari, kadang terleka aku berfikir kenapa ya ada saja perubahan demi perubahan yang di alami masyarakat dunia waima aku sendiri. Mengalami keadaan perubahan drastik (Bukan aku yang melakukannya tetapi menerima tempiasnya) Perubahan yang dirancang, tidak dirancang.. Dan terbahagi kepada dua pula: secara perlahan atau tiba-tiba.

Dan yang TIBA-TIBA itu yang dikatakan sebagai drastik. Kali ini cerita pula perihal perubahan drastik ya.. Sebelum apa-apa.. mari kita selak Kamus Dewan dulu ya.. Drastik bermaksud : keterlaluan, terlalu keras. Maksud frasa di dalam konteks ini merupakan perubahan yang terlalu besar dan mengejut.

Kata-kata Kak Lala yang baru aku kenal semalam,
khaful_zinorro: Drastik itu kan bermaksud secara mengejut.
khaful_zinorro: perubahan drastik.. cam abeed drag..tuh drastik la.

Shahril pula,
Tiada jawapan

Abid berkata-kata,
Abeed da Beedo: bagi aku. seseorg yg menjalankan perubahn yg drastik dia xkan kekal lama.

Aku sendiri di kala ini menerima tempias perasaan mengenai seseorang yang secara tiba-tiba melakukan perubahan drastik. Seperti bersama dengan orang lain tatkala duduk semeja menikmati makanan sambil gelak ketawa.

Aku setuju dengan kata-kata Abid yang mengatakan, masyarakat sekeliling sukar untuk menerima satu perubahan tersebut, tidak kira sama ada perubahan yang baik atau yang jahat. Kerana mungkin terkejut, tersentap dan sebagainya.. Memang benar, aku sendiri tidak dapat menerima perubahan tersebut tetapi hanya dipendamkan dalam hati saja..

Kata abid lagi... Mungkin masyarakat akan menerima jika perubahan dilakukan secara perlahan atau berperingkat-peringkat. Hal ini kerna, memudahkan masyarakat sekeliling untuk mengadaptasikan dalam kehidupan. Sebagai contoh terbaik... Michael Jackson yang menghembuskan nafas nya terakhir Khamis lalu, ramai di luar sana terkejut dengan perubahan industri muzik dunia kerana beliau dikatakan tidak sakit dan masih sihat dan merancang konsert. Jika beliau sakit tenat, tidak hairan lah jika mati secara tiba-tiba.

Pabila dipertahankan hujahnya, aku menerima kata-kata Abid yang mengatakan perubahan yang dilakukan secara drastik tidak akan kekal. Bila direnung kembali, memang ada kebenarannya.. Sebagai contoh terbaik, seorang perokok, jika diminta berhenti dari merokok secara tiba-tiba, sistem badan juga kadang2 tidak dapat menerima perubahan tersebut dan perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Betul kan?

Konklusinya, perubahan kamu itu mungkin akan tidak kekal lama dan aku sangat berharap kamu boleh berubah seperti sedia kala.. supaya keselesaanku bersamamu akan terpatri kembali. Aku berharap tuan empunya diri dapat membaca pos ini supaya kamu tahu perubahan kamu itu membuatkan ku terasa tidak selesa. Tapi persoalannya.. bila saja kamu mahu masuk... Kamu akan masuk? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tunggu dan lihat aja..

ps: Kepada tuan empunya diri, sungguh pelik ya perubahan kamu.

Hari-hari terakhir sebelum Part 4 bermula...
Apa yang terjadi semalam... Hanya berkaraoke bersama Khaled dan Safuan di Red Box @ The Curve. Terima kasih ya Khaled kerana sudi menemani kami dan melayan kerenah kami yang tomey gilew.. Ahakz.. Khaled yang all da way from Ampang datang ke area Mutiara Damansara.. Jauh bangat ya.

Selepas riang ria berkaraoke, Led telah "drop by" kat Stesen Gombak dan kami menuju ke KL Sentral untuk bertukar tren ke MidValley untuk bertemu dengan Mak Hayam atau Datin Seri Rezenny. Hanya berborak kosong kerna Datin Seri masih di dalam tugas di tempat curah bakti. Hanya dapat melepaskan rindu dikalbu kaedahnya.

Perut berkeroncong dan kami melangkah malas-malas ke Kedai Mamak di tingkat bawah. Al-Ehfan katenya. Sambil memakan nasi lemak dan roti canai, kami seperti biasa melahar, bergosip dan sebagainya.. Ada saja cerita yang mahu diceritakan.

Kami pulang ke rumah dan Safuan terus mendapatkan PC ini untuk menjalankan E-Lacur sementara aku, sudah berada diatas katil dan melelapkan mata.

Hari ini...

Tiada apa-apa yang menarik dapat diluahkan, hanya duduk di rumah bersama Safuan, mata terkebil-kebil memandang kaca monitor untuk berada di atas talian sepanjang hari. Pabila mata tercelik di tengah hari, aku hanya dapat untuk berkata " Argh.. esok dah nak balik". Ya.. memang jadual perjalanan aku untuk ke Perak adalah esok, 2hb Julai 2009. Sungguh awal ya.. memang agak awal kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan.

Hanya sekadar mengimbas kembali apa yang sudah terjadi di 3 semester lepas.

Part 1
Aku masih mentah, mencari arah tujuan untuk terus mencari ilmu di alma-mater tercinta. Aku telah memohon untuk menjadi Editor untuk buletin mingguan MPP iaitu Tinta Jumaat dan aku diterima, seterusnya diserapkan menjadi Sekretariat MPP untuk sesi 2007-2008. Saban hari, aku menjalankan tugas dengan penuh amanah disamping lebih mengenali pengurusan UiTM yang sebenarnya. Pengakhiran bagi semester 1 adalah Konvensyen Pemimpin Mahasiswa yang di adakan di Shah Alam.

Part 2
Memulakan semester baru seperti biasa. Datang awal 2 hari kerana urusan penukaran bilik. Tinggal dengan Kak Yus dan Zulaikha di Villa Puspa. Duit PTPTN masuk 2 hari sebelum kelas bermula. So. apalagi, hari Ahad itu juga RM300 melayang membeli barang keperluan hidup, pakaian baru dan makanan. Perjalanan hidup di semester 2 berjalan agak lancar di awalnya tetapi bertukar buruk pabila krisis demi krisis, konflik demi konflik berlaku. Apa-apa pun, aku telah mengacarakan 2 acara besar iaitu FESKO dan FESKEM. Pergaduhan yang tidak disangka-sangka membuatkan aku stress dan membuat keputusan untuk bertukar kampus.

Part 3
Tatkala aku menerima surat dari HEA mengatakan aku tidak berjaya bertukar kampus membuatkan hidup aku bertambah stress tapi apakan daya. Aku harus terus meneruskan kehidupan ini. Seperti biasa, kehidupan yang tiada konflik rasanya hanya kehidupan kosong tanpa corak dan warna. Tapi konflik kali ini hanya konflik dalaman yang berjaya membuatkan lappy kesayanganku musnah sama sekali. Tapi di semester ini lah aku mengenali Khaled, Shuk, Chip, Yab, Aiman, Hakem, Tojiq, Amin dan semuanya (maaf jika nama tidak disebut). Merekalah yang mewarnai kehidupanku di semester 3 ini. Lupa ya mahu katakan, aku sem 3 bersedudukan dengan Safuan

Part 4
Sungguh cepat masa berlalu ku rasakan. Baru saja semalam aku rasa, menempuh hari-hari pertama di UiTM.. tapi baru ku sedar bahawa masa tidak menunggu kita. Jadi kita perlu berjalan seiring dengan perjalanan masa. Sebaik saja melangkah ke semester 4 nanti.. hanya OE yang aku akan fikirkan..

Kepada kawan-kawan serta rakan sama juang, selamat datang ke Semester 4. Kelas akan bermula 6 hb Julai 2009.

Balasan E-mail dari Rapid KL
Salam muhibbah semuanya.

Kalau kalian masih ingat, aku ade membuat aduan terhadap RapidKL. Sila baca saja post yang sebelum nya.. Hari ini, RapidKL telah membalas e-mail tersebut. Mari sama-sama membaca ya..

----

Salam sejahtera Encik Muhamad Ridhwan bin Jahidin,

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terimas kasih kepada saudara di atas kesudian untuk menulis kepada kami berhubung dengan perilaku ketiga tiga petugas di LRT Kelana Jaya yang tidak memuaskan. Berhubung dengan isu yang di ketengahkan, kami memandang berat terhadap perkara di atas dan akan membuat siasatan sewajarnya.

Untuk pengetahuan, RapidKL tidak bertolak ansur terhadap mana mana staf barisan hadapan yang tidak beretika semasa menjalankan tugas. Justeru itu, kesemua staf terlibat akan dipanggil untuk di soalsiasat. RapidKL tidak teragak agak untuk menyusuli tindakan tatatertib yang tegas keatas mana mana staf jika di dapati bersabit kesalahan. Untuk pengetahuan, petugas hanya mempunyai kuasa untuk merampas tiket dari penumpang sekiranya tiket tersebut di dapati telah di salah guna. Dalam hal ini, tindakan petugas untuk merampas tiket dari saudara kerana teguran itu adalah tidak munasabah dan boleh di ambil tindakan disiplin yang sewajarnya

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada para penumpang bahawa semua staf barisan hadapan kami telah diberi asas latihan khidmat pelanggan sebelum mereka di benarkan untuk berurusan dengan pelanggan. RapidKL sentiasa mengadakan program khidmat pelanggan intensif untuk semua staf barisan hadapan bagi meningkatkan kecekapan, memupuk nilai mesra pelanggan dan meningkatkan motivasi mereka ke arah rasa bangga terhadap kerja dan Syarikat.

RapidKL sentiasa mengalu alukan maklum balas membina dari para penumpang untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan. RapidKL berharap saudara akan terus memberi sokongandalam menggunakan perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya

CRM Team
CRM & Call Center Dept
Communications Division
Syarikat Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd
Tel: 03-7625 6999 Helpline
Tel: 03-7650 7788 General line
Fax:03- 7625 6667

---

Meriah bukan.....
Safuan.. mahu datang ya kamu.. Meh cerita-cerita dan riang-ria!
Hurm.. perjalanan hidup hari ini bermula pada jam 1 petang, dikejutkan oleh Meeza minta untuk menciptakan blog, kerana blognya tidak dapat di edit. Tapi malangnya tidak dapat membantu kerana jaringan internet di rumah tidak dapat berfungsi seperti biasa kerana terdapat masalah id dan kata laluan.

Lantas aku teringat tentang Safuan yang ingin menginap di Kuala Lumpur yang akan tiba sekitar jam 5. Aku sangat riang-ria menerima kehadirannya. Lalu, aku bingkas bangkit dan mengucap selamat kepada rakan wajib di YM. Aku mandi dan membuat eksesais ringan bersama lagu kesukaan sekarang: Ya Maulai from Dato' Siti.

Bersiap-siap dan menge"call" Safuan dan katanya sudah berada di Serdang. Huh.. sungguh cepat ya. Naiki bas apa saja dia ni?.. Suara itu hanya di mindaku saja tanpa diluahkan. Menunggu bas pengantara seperti biasa sambil mengunyah keropok lekor. Berjalan longlai ala asi-asi menuju ke stesen dan sempat menjeling kepada staf Rapid KL yang kurang ajar itu. (Sila baca pos aku sebelum ini untuk keterangan lanjut)

Tren bergerak pantas dan agak dipenuhi dengan manusia yang baru saja menghabiskan tugas di tempat curah bakti. Bau semerbak yang menerobos ke hidung membuatkan mata aku mencari di mana punca bau tersebut. Huh.. memang saja mahu di tayang perut berketak enam itu kepada ku, dan terasa seperti.........

Menemui Safuan di Puduraya dan langsung saja makan KFC di kawasan berdekatan sambil bercerita panjang. Tentang ini dan tentang itu... (butirnya sila tanya Safuan sendiri). Aku cadangkan kita merayau dulu di kawasan KL terchenta kerana waktu ini tren sangat dipenuhi manusia yang baunya sangat semerbak itu. Safuan setuju dan kami memulakan langkah ke Bukit Bintang.

Pavilion, singgahan kami yang hanya bertujuan untuk bertemu Cik Sal yang mencurahkan bakti di Annick Goutal. Tapi malangnya beliau tidak ada di kaunternya. Kami hanya berjalan longlai keluar dari Parkson dan merayau sebentar di sekitar Pavilion. Sedang berehat di bangku yang disediakan, kelibat Wawan dan Cik Sal menerobos ruang mata dan membuatkan kami terus berlaga pipi.. Kalau jodoh tidak ke mana kan.

Sudah ketemu dengan Cik Sal, kami seterusnya kepingin saja mahu lepak dan bercerita. Kaki melangkah ke Island Bistro dan memesan Iced Latte. Berceritalah kami, bergosip dan melahar kerana sudah lama tidak ketemu. Bergelak ketawa kami meriangkan suasana di sekitar Pavilion kebanggaan Bukit Bintang.

Kami hanya menjejakkan kaki ke kediaman di Tropicana jam 12.00 malam dan semua keletihan dan terus menghenyakkan badan ke sofa...Aku sangat riang-ria kerana Safuan datang untuk memecahkan kesunyian di kala cuti yang akan sampai ke penghujungnya...


Guru, Cikgu, Pensyarah, Tutor, Fasilitator, Tenaga Pengajar dan dll. Apa maksudnya ya?
Terkadang aku mengingati kenangan lama, waktu zaman.... hurm.. kanak-kanak mahu meningkat remaja dan melangkah ke alam dewasa. Aku pernah tanyakan kepada mamaku, apa beza semua perkataan di dalam tajuk itu. Guru, Cikgu, Pensyarah, Tutor, Fasilitator, Tenaga Pengajar dan macam-macam lagi ungkapan serta perkataan yang disebutkan orang -orang sekeliling membuatkan aku bingung sementara waktu.

Mama aku menjawab dengan penuh berhati-hati supaya aku mudah faham dengan kata-katanya itu. Maklum saja, aku baru mahu mengenal erti hidup. Semuanya dijelaskan satu persatu tanpa jemu. Cikgu katanya tiada beza dengan guru. Pensyarah pula untuk mereka yang mengajar dikalangan pelajar IPT. Tutor juga sama, tapi tidak mengajar tetapi memberi tunjuk ajar saja. Hanya mengaplikasikan apa yang diajar. Fasilitator pula hanyalah pemudah cara. Segalanya seharusnya menjadi mudah pabila fasilitator datang menjengah dan tenaga pengajar....

Agak susah untuk diterangkan rupanya. Mamaku kata, tenaga pengajar ialah semua kata-kata tadi, gelarannya semua boleh digantikan dengan tenaga pengajar. Guru juga tenaga pengajar, pensyarah juga tenaga pengajar dan seterusnya.

Lantas.. aku bertanya.. "Owh.. kalau cam tu.. leh la adik sebut cikgu-cikgu kat sekolah tu.. tenaga pengajar ya..."

Mama ku cakap... " Tak boleh la.. cam tak sesuai jew.. lagi pun panjang sangat"

"Abis, kan sama saja maksudnya"

"Entah... tak penah dibuat orang.. panggil cikgu sudah..."

Soalan-soalan tersebut tergantung begitu saja. Tanpa ada soal jawab itu lagi.

Tapi... pada suatu hari, semasa aku berada di Tingkatan 3, mama ku cuba untuk mengembalikan ingatan.

"Ingat tak adik penah tanya pasal Tenaga Pengajar tu?

"Ingat"

"Mama dah tau. Tenaga pengajar dah boleh guna dah."

"Ha? Boleh guna? Kat mana je?"

"Akademi Fantasia" .....apakah..... Terkesima sebentar...



Makanan berkhasiat di kala Gas Memasak habis....
Sudah 2 hari dapur konvensional aku tidak digunakan... Gas nya sudah habis..

Ahaaaaa..... sudah 2 hari juga ya aku hanya memasak masakan yang sangat berkhasiat tanpa kehadiran minyak kerana apa? Aku hanya memasak menggunakan Microwave dan Oven yang masih berfungsi seperti biasa walaupun keadaan Microwave itu rupanya seperti hidup segan mati tidak mahu.

Apa yang boleh katakan agak terkilan itu kerana aku tidak bisa sama sekali memasak air... Arghhhhh.. Jalan penyelesaiannya? Masak air juga di dalam microwave oven... Apakah.

"Tak de tak de.. ko dah nak balik dah.. Aku malas nak beli gas tu untuk ko. Makan jew ape yang ade.. Pandai2 la berdikari. Biar ko nampak kurus sikit.." Teriakan mak aku di dalam talian telefon kediaman..

Jadi.. aku hanya perlu menjadi kreatif untuk mengisi perut. Makanan instant juga sudah abis di makan. Kerna ketul-ketul nugget yang terakhir pun aku masak menggunakan oven. Tapi sedap juga. Paket-paket maggie yang terakhir juga telah aku makan.. masak menggunakan microwave oven yang ada..

Sebelum apa-apa.. ada juga yang bertanya.. aku tinggal dengan siapa di rumah indah ini. Jawapannya... Aku keseorangan dan bersendirian di rumah terchenta ini tanpa ada orang lain... Bujang sangat bunyinya... Memang bujang, tanpa TV tanpa Radio, Tanpa Astro, tetapi syukur kerana PC yang juga sudah hidup segan mati lain kali ini masih berfungsi dan aku boleh menghabiskan masa dihadapan PC ini saja.

Berbalik kepada cerita tadi. Kini yang tinggal hanyalah ayam kasar yang aku beli minggu lalu.. Cadangnya ingin memasak nasi ayam... tapi malangnya.. Gas pula habis digunakan. Apa yang aku lakukan... Aku lembutkan "Chicken Keel" yang aku beli itu, dan asingkan isi dan tulangnya. Terus aku marinate dengan beberapa rempah seperti oregano dan rosemarie. Aku memang ketagih dengan rasa daun rosemarie tersebut kerna baunya sungguh menusuk kalbu.

Aku hiris nipis isi ayam tersebut.. lalu aku celupkan ke dalam telur dan celupkan ke dalam tepung yang telah aku adunkan dengan serdak roti yang kaler kuning itew. Lalu aku bakar ke dalam oven.

Hasilnya.... jadilah kepingan ayam rangup salutan serdak roti yang sungguh lazat di makan kala perut sedang mendendangkan lagu Ya Maulai, Siti Nurhaliza. Apa yang boleh aku katakan makanan yang aku sediakan memang cukup "healthy" kerana tiada kehadiran minyak dan ayam yang aku gunakan tanpa lemak..

Cukup la sampai petang kenyangnya. Nanti malam aku turun saja kedai makcik dan rembat saja apa yang boleh di telan di sana. Chow..

ps: Menyesal pula tidak membawa balik camera digital aku yang ditinggalkan di kampus terchenta.
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers