Penafian


| ||||||||||

Sekadar gambar hiasan. Bukan nasi lemak Opah tau..
Malam iti aku memang tidak dapat melelapkan mata.. Aku juga terfikir untuk kembali mengambil penthemin untuk memudahkan aku tidur selepas kesan ubat itu hilang tetapi memikirkan kesan yang amat memberangsangkan. Tapi bagus juga. Aku akan lemah selepas kesan ubat itu hilang nanti yang membuatkan aku senang tidur.
Sedang fikiranku menerawang ke segenap pelusuk dunia, ke segenap zaman, dari zaman kuno hingga masa depan, tiba-tiba saja perutku terasa lapar kerana aku tidak mengambil sebarang makanan dari petang semalam. Tengahari pula aku hanya mengambil sajian enak untuk orang bujang.. Apa lagi ya kalau bukan Maggie.. Nyum Nyum.. Pabila terasa lapar itu, ingatan ku terus membawaku ke zaman aku berada di semester 1, semasa aku masih mentah (mungkin sudah suku masak).
Layar mataku memainkan video bagaimana aku menikmati kelazatan Nasi Lemak Opah yang cukup terkenal di zaman itu. Beratur cukup panjang hanya untuk menikmati nasi lemak yang sungguh menghangatkan suasana yang aku kira boleh menyebabkan pemanasan global dan penipisan lapisan ozon. Baunya yang amat menyelerakan membuatkan aku terpanggil untuk menikmatinya setiap hari. Hasilnya.. lihatlah.. limpahan lemak-lemak sudah pun menyelubungi diri ini.
Aku juga cukup konfius, di manakah terletaknya kelazatan dan keistimewaan sesuatu nasi lemak?
Hurm.. menurut tuntas-tuntas yang aku telah fikirkan malam tadi, ntah... Tiada jawapan khusus.. Nasinya kah? Atau Sambalnya kah? Timunnya kah? Seperti apa yang aku cakap tadi, bau nasi yang menghangatkan tadi telah membuatkan aku terpanggil untuk menikmatinya setiap hari.. Sudah sah.. Nasinya yang membuatkan satu nasi lemak itu istimewa.
Tapi.. ada orang kata, kelazatan nasi lemak terletak kepada sambalnya. Sambal yang terlalu pedas memang tidak sedap untuk ditelan kerana rasanya agak memijarkan lidah. Tapi sambal yang terlalu manis memang tidak lalu untuk dijamah. Rasanya mestilah "balance" bak kate orang bota. Tapi tidak semua orang boleh menghasilkan sambal nasi lemak yang enak. Jika berjaya menghasilkannya, nasi lemak itu akan popular seantero dunia. Memang ada poin di situ. Sambalnya yang menjadikan satu-satu nasi lemak itu istimewa.
Hurm.. bagaimana ini. Juri-juri sila tentukan.
Terfikir sejenak.... Jika nasi yang enak tiada sambal yang sedap. Maka spoil juga hidangannya. Jika ada sambal yang sedap tanpa nasi yang sedap.. Tiada guna juga ya. Maka dengan ini saya putuskan. Kolaborasi antara nasi yang sedap dan sambal yang enak akan membuatkan nasi lemak itu sangat istimewa. Nasi Lemak Opah.. memang mempunyai kolaborasi yang utuh.
Go Opah.. bersama nasi lemaknya.
Kamu pula? Nasi? Sambal? Atau keduanya?
Aku baru saja selesai menonton 3R di TV3 yang kali ini menyentuh tentang PRIVASI. Topik yang aku kira sangat bagus untuk dibincangkan bagi membendung gejala pecah privasi yang semakin runcing dari hari ke hari.
Tapi aku sangat suka dengan isu Gangguan melalui Saluran Telekomunikasi Digital yang dipaparkan minggu ini. Menurut kata hos 3R, Rafidah, Celina dan Tini, maksud pernyataan ini adalah ganguan atau ancaman yang yang dilakukan secara digital melalui sistem telekomuniasi yang canggih seperti perkhidmatan atas talian, telefon dan sebagainya. Hurm.. termasuk lah SMS, blog, laman web, panggilan misteri dan macam-macam lagi cara yang digunakan untuk mengancam dan membuat gangguan.
Gangguan dan ancaman yang dimaksudkan ialah gangguan emosi, seksual dan sebagainya yang boleh dikategorikan sebagai ganguan termasuklah jua gangguan privasi. Anda pernah menerima SMS yang berbaur seksual atau sms yang berulang dari satu hari ke satu minggu, dari satu bulan ke satu tahun.. Cukup lama ya.. Itu lah yang dikatakan sebagai gangguan melalui medium digital.
Bukan SMS saja ya. Gangguan atau ancaman melalui blog juga boleh juga didakwa di mahkamah. Hurm.. kepada penulis blog seperti aku, terpaksa jua berhati-hati untuk mengeluarkan pendapat dan pernyataan. Myspace dan Laman mencari kawan juga antara satu medium untuk mengganggu secara digital.
Tuntasnya, sebarang bentuk ancaman atau gangguan yang disalurkan secara digital boleh memecah privasi seseorang dan boleh diheret secara perlahan atau secara kuat ke mahkamah. Dakwa saja ya. Siapa-siapa yang mempunyai pengalaman atau bakal menerima pengalaman ini atau yang sedang menerima ancaman secara digital ini, pastikan saja anda mampu berjalan ke Balai Polis untuk membuat report.. atau jika tiada upaya, boleh membuat laporan secara digital di laman web SKMM. Hurm... banyak juga kegunaan aplikasi digital, ancaman dan juga laporan.
Credit kepada 3R di atas semua fakta yang digunakan. Relex, Respek, Respon....
Hari ini, memang agak sukar untuk kita melihat kelibat mereka. Mungkin di kampung masih ada berkeliaran tapi dikota-kota besar agak sukar dilihat. Ada la yang masih berusaha mencari rezeki dengan cara ini.
Apa saja sebabnya ya?
Dengan kecanggihan teknologi hari ini, kebanyakan movie-movie dari dalam dan luar negara, sama ada yang sudah ditayangkan atau belum ditayangkan dapat dimuat turun melalui perisisian memuat turun seperti Ares dan perisian torrent. So.... ape yang aku boleh katakan, rakyat hari ini tidak perlu untuk mencari pemuda jalanan yang menjual VCD dan DVD cetak rompak tapi hanya perlu memuat turun sahaja.
Kesan-kesan gejala ialah lanun cetak rompak di negara ini sudah susut pendapatan haramnya itu kerana susut jualan VCD dan DVD. Tidak lupa kepada pemuda jalanan yang membuat duit melalui penjualan alat-alat untuk ditonton ini sudah tiada pekerjaan. Tapi bagus juga, dapat mengelakkan diri daripada membuat pekerjaan haram ya..
Implikasi berterusan yang dapat dilihat ialah kepada pembuat filem, lagu, album dan sebagainya kerana sejak sistem cetak rompak diperkenalkan sejak azali lagi yang berkonsepkan konvensional sehingga berteknologi tinggi iaitu dapat dimuat turn secara percuma, mereka tetap kerugian berjuta ringgit kerana gejala ini.
Yang best nye.. aku sendiri pun menggunakan teknologi ini untuk mononton tapi aku puas juga kerana bergelar PEROMPAK secara terus tanpa orang tengah iaitu Lanun cetak rompak. Ye la.. mana aci. diorang amik untuk atas angin jew.. ahakz.

Aku yang semakin bosan tinggak di rumah ini bersendirian membuatkan aku terfikir untuk projek wajib bagi semua kaum bahagian 4, DOMAT.. Memikirkan ide-ide lama yang berteraskan seni.. aku semakin naik berdenyut kepala otak kerana terlalu banyak prosedur untuk merealisasikannya.. Tapi jika kamu sorang yang optimistik seperti Encik Azmi itu, segalanya bisa berada di depan mata...




Cantik bukan? Binaan hitam sebelumnya itu merupakan kepingan kaca yang masih lagi bersalut dengan plastik yang berwarna hitam untuk menjaga dan menjadi pelindung. Bagi aku, binaan ini juga mempunyai signifikan kepada orang Islam.. Cuba kita bayangkan, kaabah di Mekah itu menerima jutaan pengunjung setiap musim haji, dan orang di Amerika membina bangunan yang hampir serupa dengan binaan kaabah kerana mengungguli kaabah itu sendiri dengan harapan ramai la orang yang akan mengunjungi Apple Bar di New York ini.
Kehidupan aku hari makin hari semakin terkontang-kanting dan aku harus mengikut saja arus itu. Tapi mahu di ikut arus kelamaan aku jua tiada arah tujuan ke mana harus ku bawa saja diri ini. Mungkin ke situ dan mungkin ke sana.. Tapi kadangkala aku rasa.. sejak tadi aku mengkut arus, tapi aku masih berada di sini.
Hurm.. aku masih tidak tahu bagaimana harus ku terus kan perjalanan cuti semester yang agak panjang ini. Aku sangat berharap, aku celik sahaja mata esok pagi, haribulan sudah bertukar ke 4 Julai dan aku harus memulakan semester baru. Tapi mungkinkah akan terjadi..??
Ya aku tahu: WTF bukan? tapi tu juga hakikat yang melanda aku kelmarin malam.
Tapi ceritanya sangat menarik tapi membosankan serta kekelakaran yang melampau . Tujuan menelefon hanya kerna mahu melepaskan geram dan meluahkan perasaan tentang satu perkara yang sangat dianggap remeh sengkang temeh (remeh-temeh) iaitu kehilangan KUCING.. Ya kehilangan kucing. Pertama kali menelefon dengan nada yang agak cemas hanya untuk menerangkan tentang kucing yang telah di bawa lari teman tersayang. Hurm.. begini pun boleh terjadi kepada aku ya.
Aku hanya menjawab dengan nada yang senang hati kerna diriku kini amat senang disamping teman tersayang. Walaupun yang meminta aku menelefon kembali itu hanya teman tersayang dahulu kala, aku masih boleh berkawan dan menjawab serta menelefon kembali si dia. Aku juga senang sekali kerna satu event yang puas aku terajui berjalan dengan lancar walaupun terdapat banyak kekurangan.
Berbalik kepada kisah kucing tadi. Kucing tadi hanyalah kucing biasa yang telah dijaga oleh teman tersayang dan dibawa lari menghilangkan diri bersama kucing tersebut dan hilang daya memanggil (lost contact) kerana mahu mengundurkan diri. Ntah la.. bagi aku, jika mahu mengundurkan diri sekalipun walau setapak, tidak perlu untuk membabitkan nyawa-nyawa yang tersayang itu. Hurm
Yang pasti, insiden ini sangat membuatkan aku tersenyum sepanjang malam termasuk untuk hari esoknya kerana teringat kisah malam itu tentunya bagi aku sungguh kelakar. Kekelakaran yang melanda...

