Penafian
Dah bersawang blog ini rupanya... hanya melawat sekali sekala... kerana bebanan tugas hakiki tersebut lebih menguasai minda kala ini..
Hari ini... aku menonton dengan debaran SemiFinal Muzik-Muzik 25.. Maka terjawab sudah siapa yang akan masuk nanti.
Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
Pelita – A.P.I / Loque / Loque
Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
Salin dan tampal dari www.zonartis.com
Apa yang aku ingin tegaskan.. hari ini muzik yang di katakan Indie itu sedang menguasai dan aku sendiri menyanjungi kata-kata Azmeer sebagai juri yang mengatakan perubahan arus perdana tetapi kurang dari segi melodi lagu yang bersimpang siur.. Aku setuju..
Tapi.. inilah yang mahu oleh industri sekarang.. dan kita tidak boleh berada di takuk yang lama.. tapi.. tiada yang lama, maka tiada yang baru.
Muzik identiti Malaysia.. irama balada perlahan seperti "Ku ada kamu", "kebahagian dalam perpisahan" dan "sejujur hatimu".. walau lagu jenis ini yang satu ketika dulu menjadi hits dan menjadi satu identiti malaysia.. Jangan dilupakan.. hanya sedikit sentap pabila lagu karya Azlan Abu Hassan dan Kak diba tidak dapat melangkau ke AJL kerana lagu jenis ini yang membawa identiti Malaysia, tapi pihak juri lebih arif untuk menentukan..
Industri kreatif negara semakin ketandusan idea dan karya-karya Indie yang mewarnai industri ini tidak patut dibiar begitu saja.. Maka inilah platform yang perlu untuk mereka ketengahkan bakat mereka.
Maka, ingin aku katakan... Selamat datang dunia baru.. jangan dilupakan yang lama pula...
Pabila melihatnya, aku sangat terkejut dan sangat rasa seperti RIDIKELES.. ahakz.. Hanya gula-gula.. FUCK of SMRT. Rasanya penjelasan perempuan itu sangat bagus kerana memakan gula-gula kerana mahu menghilangkan rasa muntah, kerana tidak tahan dengan gegaran...Mungkin...
Rasanya sudah terlalu lama rakyat Singapura terkongkong dengan perkara ini, dan sangat sudah lama dibelenggu dengan peraturan yang bukan2.. Mari berhijrah mari..
Peringatan kepada aku dan rakan2, don't ever try to eat while board on the MRT. You will be fine S30.. Ahakz.. For tourist, please come to MALAYSIA and ride on KL Monorail, you will not be fine because of eating Sweets..
p/s: Kalau aku jadi perempuan itu, aku terus muntah dan mengotorkan MRT itu kerana tidak dibenarkan memakan gula-gula seterusnya menyaman $1 juta kerana tidak membenarkan memakan gula-gula sedangkan itu yang boleh menghilangkan rasa muntah itu..
Terkalam di blog ini pelbagai jenis tohmahan dan kritikan, bukan untuk merendahkan tetapi untuk menaikkan semangat pihak terlibat, untuk memperbaiki langkah-langkah plastik dan hipokrit... untuk memperbetulkan keadaan..
Kerana apa aku menulis, kerana aku merasakan perginya sifat-sifat kepimpinan yang matang, ditelan arus generasi... bertukar ganti akhirnya langsung lenyap ditelan zaman.. Hanya sisa-sisa yang tinggal.. Maka inilah yang akan menjadi tunjang kepada keutuhan institusi itu sendiri.
Pabila melihat kembali, aku rasakan segala paduan suara kepimpinan segalanya menjalani kehidupan dengan penuh kegembiraan, kematangan, unsur perpaduan menegakkan yang betul, meranapkan yang salah.. Tetapi pada hari ini.. apa yang berlaku.. mereka sedaya upaya menegakkan benang yang basah dek termakan kata-kata nista dan juga sebagai duri dalam daging untuk mempertahan diri sendiri..
Inilah kepimpinan yang tidak matang, hanya menurut kata belakang, yang di hadapan di endah, maka tersungkur pabila ditolak, terbangun pabila ditarik... terduduk pabila terkilan.. itulah pengakhirannya... Inilah pula generasi yang bakal pemimpin negara..
Tapi... yang datang tetap pergi, silih berganti. tidak dapat dinafikan, tetapi harus diingat, perlulah jua kekal mempertahankan maruah bangsa.. tidak seperti harimau di sondol hidungnya.. Ingatlah...
Itu yang aku lakukan saban hari selama beberapa tahun sebelum aku melangkah ke menara gading.. Di universiti, caranya amat berbeza.. hanya duduk2.. tiada gegas.. tiada larian mengejar sebuah bus.. hanya santai membeli.. akhirnya makan..
Kali ini, seperti mengundang kenangan lama, kembali bergegas, kembali merenung masa.. Kapan jam 5 itu ditunggu-tunggu.. jika di kampus, jam 5 masih lagi di kelas, tiada suara mahu ke bazar jam 5, semuanya menanti jam 6 lebihan baru turun membeli. Suasananya jauh beda dengan di Kuala Lumpur ini ya. Maka.. kenangan itu berputar kembali.
Hari ini, hari kedua berpuasa.. menerima juadah percuma dari pihak pengurusan.. kerana makanannya banyak sekali, sungguh sayang jika dibiarkan.. maka aku jua tidak betah mengambil hanya 1 bekas penuh dengan lauk dan nasi.. untuk santapan berbuka nanti ya.. di Maharajalela...
Itu yang aku tunggu2 sejak tahun demi tahun... kini aku menjalani kehidupan aku seperti biasa.. Memang ini yang aku mahukan. Maka aku jua tidak sabar untuk meraikannya saban tahun.. bersama teman-teman... Di mana rasa mahu berbuka, disitu ada aku dan teman.. Pernah sekali ke hotel... bayarannya cash tiada kompromi.. tapi kepuasan itu.. ISH.. tidak betah aku katakan...
Occay.. aku mahu berjalan ke sana ke sini.. menunggu waktu berbuka tiba..

Terkadang aku terfikir, kerana apa aku ini semakin sentitive, tidak dapat menerima gurauan melampau itu.. tetapi perlu diingat... gurauan perlu kena pada tempatnya..
Tidak perlu bergurau dengan nada yang cukup buas pabila di tempat kerja yang mengamalkan profesionalisme yang tinggi dan juga integriti yang cukup membanggakan.. Semua tempat curah bakti jua ku kira begitu tanpa ada syak wasangka lagi.. Mungkin kalian boleh senaraikan tempat kerja mana yang hanya mendapat gaji dengan bergelak ketawa sambil bergurau..
Bagaimana mahu meningkatkan productiviti.. Hurm... (Susah budak yang dah belaja management ni)
Bergurau itu boleh untuk mengurangkan stress.. tapi perlu kene pada saat dan ketikanya.. jangan waktu serius di bawak bergurau.. jika malang nasib badan.. bertumbuk la ia.. turunlah productivity syarikat.. kuranglah sales, kuranglah perkhidmatan dan sebagainya..
Itu yang cuba aku tekankan di sini.. Jika kita sentiasa berhemah dalam dunia pekerjaan ini, maka kita jua akan ceria, akan mendapat apa yang dikatakan sebagai "Job Satisfaction" pabila kesemua keperluan kita dikecapi.. mahu pun bergaji rendah... asalkan halal dan anda berpuas hati dengan pekerjaan anda, walau dengan kata lain ENJOY Bekerja.. itu tidak menjadi hal..
Jika gaji banyak jua, mungkin tidak menjamin apa2 bukan.. tetapi yang penting kita enjoy... Tapi berkata tentang enjoy semasa bekerja ini, ini pula yang dikaitkan dengan gurauan dan usikan tadi... Nah.. ini lah yang aku katakan, pabila gurauan itu tidak kena pada tempatnya, maka, kepuasan bekerja itu akan berkurangan..
Maka, akhir bicara, perlulah kita berhati-hati ketika bergurau, bukan semua orang boleh menerima gurauan anda. Jadi , berguraulah secara berhemah..
Cheer..
Ketika sebuk membelek-belek rangkaian intenet ini.. untuk mencari beberapa cerita sukan.. hanya teringat Piala Thomas.. tapi cerita ini pula yang terjumpa.
Chedok from http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,164637,00.html?
Pakej mahal? Sila ke masjid tonton Piala Dunia
Oleh
Azahar Mohd
ORANG ramai yang bosan kerana syarikat gergasi perhubungan SingTel dan StarHub menawarkan harga pakej yang tinggi bagi menonton Piala Dunia, kini berpeluang menontonnya secara percuma di Masjid Darussalam.
Selain menggalak golongan belia berjinak-jinak dengan masjid, penyiaran secara langsung Piala Dunia itu juga diharap dapat menarik masyarakat bukan Islam mengetahui dengan lebih mendalam peranan masjid di Clementi itu.
Pengerusi eksekutif Masjid Darussalam, Haji Abdul Mutalif Hashim, berkata penayangan Piala Dunia itu demi menjadikan masjid tersebut sebuah pusat sehenti bagi para penduduk, selaras dengan matlamat menjadikannya institusi yang mesra masyarakat.
'Ini merupakan kali kedua kami menayangkan perlawanan Piala Dunia selepas Piala Dunia 2006 di Jerman. Kami mempunyai tiga tujuan utama. Pertama, bagi menarik mereka yang 'jarang-jarang ke masjid' untuk sama-sama memakmurkan masjid.
'Kedua, menarik golongan belia supaya mereka dapat berjinak-jinak ke masjid dan ketiga, menarik masyarakat bukan Islam supaya mereka lebih mengetahui peranan masjid, seperti peranan azan dan sebagainya,' ujarnya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, tayangan Piala Dunia itu akan diadakan di ruang berbumbung di tepi bangunan masjid.
Sebelum ini ramai peminat bola sepak melahirkan kekecewaan setelah kedua-dua syarikat perhubungan itu mengumumkan pakej bagi menonton Piala Dunia 2010.
Pakej yang dikenakan dua syarikat itu bagi 64 perlawanan ialah $70.62, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi pengguna yang mendaftar selewat-lewatnya 31 Mei ini dan $94.16 selepas tarikh itu.
Selain membeli antena bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung di RTM1, RTM2 dan saluran televisyen Indonesia, RCTI, mereka juga bercadang menontonnya di Internet.
Menurut Haji Abdul Mutalif, Masjid Darussalam beruntung kerana dapat memperolehi saluran televisyen Indonesia, SCTV dan RCT1, dengan terang. Pihak masjid kemudian akan menggunakan alat projektor supaya siaran itu dapat disiarkan di layar lebih besar.
Ustaz Ismail Othman yang ditugaskan Masjid Darussalam untuk mendekati golongan belia, berkata bahawa masjid harus dijadikan tempat yang terbuka untuk setiap Muslim - termasuk yang bertatu dan berambut panjang.
'Sememangnya kita harus peka dengan tanggungjawab memelihara kesucian masjid. Namun sekiranya kita dapat menarik golongan belia ini yang tidak pernah ke masjid menjejakkan kaki ke masjid dan kemudian membuka hati mereka untuk beribadah, ia merupakan bonus,' tegasnya.
Bagi menarik peminat bola sepak, Masjid Darussalam akan juga menyediakan makanan ringan yang didermakan orang ramai seperti pisang goreng, epok-epok, kopi dan teh bagi para pengunjung.
----
Kasihan bukan.. Singapura terlalu meletakkan harga yang tinggi untuk tayangan piala dunia. Sedangkan di Malaysia.. ASTRO dan TV tempatan dapat menyiarkan perlawanan dari pasukan pilihan (TV percuma) dan semua perlawanan (ASTRO). Tayangan percuma yang di berikan oleh Masjid Darussalam Singapura pun hanya menchedok tayangan dari TV percuma Indonesia.
Di Malaysia, sesiapa pun boleh menonton Piala Dunia melalui rangkaian RTM dan Media Prima secara PERCUMA.. Dan dengan harga yang biasa.. tanpa ada sebarang pakej lain, ASTRO menayangkan kesemua 64 perlawanan bersama pakej sukan.
Jika tiada TV pun, berbekalkan RM 0.20 atau RM 0.50 untuk mengORDER AIS KOSONG dan seterusnya lepak berjam2 menonton piala dunia... sehingga mata pun naik bengkak bukan.. Inilah yang dikatakan sebagai 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan.
Mungkin jua produktiviti di Singapura akan merudum setiap 4 tahun atau tiada penaja atau sudah jatuh miskin.. Tanya saja kepada empunya syarikat penyiaran berbayar Singapura SingTEL dan juga STARhub..
Beruntung jua rakyat Singapura yang mendapat SIGNAL tv dari Malaysia dan Indonesia, boleh menonton siaran piala dunia, yang mempunyai Internet, gunakan ia sebaik mungkin untuk menontonnya..
Maka, berbanggalah menjadi rakyat MALAYSIA..
Bas RapidKL dari CHINA? Patutlah cepat ROSAK..
Ya.. Bas RapidKL sebahagiannya memang dari China.. setengahnya berjenama Mercedes..
Tapi persoalannya di sini.. adakah bas buatan China cepat rosak yang sering digembar gemburkan oleh masyarakat pengangkutan awam Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan awam semata?
Tetapi seperti kebiasaanya, pabila sampai di MALAYSIA saja, bas tersebut mudah rosak.. tetapi pabila di kaji, jika bas itu masih berada di CHINA, tidak pula cepat rosak..
Kenapa jadi begitu ya?
Kerana.. sikap dan etika pemandu bas di MALAYSIA.
Mari kita selusuri satu persatu...
- Pemandu di Malaysia sukakan kenderaan yang "cepat pickup".. Maka, pakcik bas suka lah menekan minyak sekuat mungkin dan memecut untuk mendapatkan pickup tersebut.. Sah sah bas buatan China adalah bergear automatis dan lambat pickup.. Kerana ia sudah direka untuk dipandu secara perlahan dan berhemah. Maka CEPATLAH ROSAK.
- Pemandu bas di Malaysia suka menekan brek secara terus pabila mahu memberhentikan bas.. maka bus akan bergoyang2 bila dibrek.. Maka CEPATLAH ROSAK.
- Pemandu di Malaysia sudah terbiasa pabila ada apa-apa yang tidak kena terhadap bas.. maka di ketuk-ketuk bahagian yang tidak kena itu.. Maka CEPATLAH ROSAK.
- Pakcik bas juga suka meninggalkan bas dalam keadaan tidak menutup enjin walau berehat selama 30 minit.. maka minyak pun cepat habis dan memendekkan hayat enjin.. maka CEPATLAH ROSAK.
- Pakcik bas juga suka membuat modifikasi terhadap bas seperti membuat pintasan aircond kepada dia sorang... Maka CEPATLAH ROSAK.
Maka.. fikirkanlah.. buanglah sikap STREOTAIP anda terhadap barang buatan China itu dan ada sebab kenapa kerajaan memilih bas dari China..
Itu lah IBU...panggilan apa pun yang kamu rasa.. MAMA, UMI, EMAK, dan sebagainya.. baik buruk.. itulah yang melahirkan.. tidak ada apa yang dapat memisahkan kamu dengan ibumu..
Maka.. ini lah yang aku katakan, tidak perlu di jadikan isu.. jika ibu itu jahat.. tidak perlu di patuhi.. Tidak ada di dalam mana-mana nas dalam Quran Al Karim yang berkata seperti itu..
Sejahat mana ibu itu.. sebaik mana ibu itu.. walau apakah bentuk ibu itu.. itu lah ibu yang melahirkan kamu.. tidak dapat dinafikan. Ibu itu jua yang mengendong kamu 9 bulan... yang membesarkan kamu.. memberi kamu susunya dari badannya... tidak kira kuat atau lemah.. Yang memberikan kamu rezeki yang datangnya dari tuhan.. walau tidak banyak.. kita sebagai anak perlu untuk menghargainya.
Jangan kamu sesekali berbicara terhadap tanggungjawab.... jangan pertikai tanggungjawab ibumu.. kamu hanya perlu memikirkan tanggungjawab kamu sebagai seorang anak.. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seorang anak dengan baik...
Tidak perlu berkira dengan ibumu... Segalanya perlu dikira.. mahu dengan jari.. mahu dengan kalkulator atau apapun alat kiraan.. Kerana, kelahiran kamu ke dunia fana ini walau dengan apa pun caranya, tidak pernah dikira oleh ibumu itu...
Tidak perlu menyesali kelahiran kamu... Kerana itu kehendak tuhan.. Pemberian rezeki olehnya dan rahmatnya sentiasa mencurah.
Maka hargailah ibumu itu....

Yang pasti.. sudah meninggalkan pasukan dengan kesedihan.. perlu kah sedih itu... tak perlu kot.. kerana yang lebih penting.. masa depan ku ini.. Don't bermain with fire-fire.. can burn chu ols... (bak kate adik haku)
Itu lah keputusan yang pasti..
Pastinya aku akan lebih berehat semasa cuti nanti..
TAHNIAH
Tapi.. perubahan yang dilakukan yang keterlaluan amat memberikan kerengsaan kepada mata yang memandang... berubah pendirian... melanggari prinsip persahabatan dan prinsip hidup yang dipegang selama ini di buang ke tepi hanya kerana mendengar kata-kata kosong sekelian manusia yang selama ini hidup untuk terus-menerus mengharapkan belas dan simpati.. tidak lupa kepada yang mengambil kesempatan.. Harap kamu sedar dengan itu..
Tapi.. aku siapa yang ingin menghalang kamu dari mengalami perubahan.. menerima pengalaman kerana pendidikan yang paling baik itu adalah daripada pengalaman.. dan pengalaman juga lah yang mengajar aku erti kehidupan.. begitu jua kamu yang akan terus mengenal erti kehidupan dari pengalaman pahit yang akan kamu tempuhi nanti..
Semoga persahabatan ini akan terus utuh.. walau kamu beda prinsip.. tapi aku sentiasa menghormati prinsip kamu tu...
Maka semalam, aku tidak mampu lagi untuk terus menunggu, terus berharap bagai orang bodoh, berusaha untuk mengubah segalanya mengikut rentakmu tapi apakan daya.. aku jua punya hati dan perasaan.Natijahnya... hasilnya..apa yang kamu mahu, itu yang kamu inginkan. Aku tidak punya daya lagi untuk bermuka-muka dengan engkau.. Terima kasih atas segalanya dan kamu juga perlu berterima kasih kepada aku atas apa yang kamu terima.
Maaf kerana telah mendelete kamu dari Pesbuk, dari YM , jika boleh membuang kamu dari menonton blog ini.. tapi malangnya tidak boleh.. Kerana apa, kerana aku tidak perlukan kamu dalam hidupku sepertimana kamu tidak memerlukan aku dalam hidupmu..
Selamat jalan....
Kalau dilihat kepada trend hari ini, jika cemerlang, pinjaman bertukar menjadi biasiswa. Mengikuti langkah PTPTN, jika memperolehi Ijazah Kelas Pertama... tak payah bayar.. jadi biasiswa la.. Tapi MARA.. kalau dapat 4 flat untuk CGPA.. memang tak payah bayar..Tapi sebelum ni pun, kalau agak cemerlang, memang tak perlu bayar full, bayar setengah saja.. Kan dah cukup nikmat bukan.. Itulah kerajaan Malaysia, yang penuh dengan pembelaan.. (ahakz.. memuji kerajaan pula).
So... peminjam MARA..belajar lah bersungguh-sungguh ok..leh dapat biasiswa.. best kan...
p/s: Dak dak UiTM tak layak nak dapat pinjaman MARA.. PTPTN saja ya..
Fakta semester ini, duduk luar, NR... non residen yang membuatkan aku semakin aktif dan giat berjalan ke hulu dan ke hilir..
Bagaimana ya. tidak penat kah..
Penat? Seronok chu ols..
Destinasi yang selalu di tuju...
- Teluk Batik
- Lumut
- Ipoh
- Setiawan
- Manjung
- Pulau Pinang
- Langkawi (seb baik tak jadi)
Yang penting, masih lagi berupaya menggapai lambaian menara gading itu dengan belajar bersungguh-sungguh..
Kannnnn

Semasa menyelusuri laman web di google, tetibe bertemu dengan imej ini. Cadangan pembinaan perpustakaan baru UiTM di Kampus Puncak Alam.. Wah wah..... meriah dan canggih katanya..
Apabila dirisik-risik dengan seorang rakan di Puncak Alam, pembinaan itu masih belum dilakukan tapi rekabentuknya mungkin sama atau mungkin tidak. Tapi apa yang terjadi semuanya akan menjadi canggih dan menawan.. Huwaaa :((.. Nak rasa chu ols..
Dirisik lagi dengan seorang pensyarah.. Apabila segalanya siap pada tahun 2020 mungkin, keseluruhan kampus akan ada sistem pengawalan suhu yang canggih.. Membuatkan kita semua nyaman belajar di UiTM..
Itulah yang kami bangga dengan UiTM... UiTM di Hatiku..
Katanya.. orang yang sepatutnya membaca blog aku sudah tersentap-sentap dan terkedu-kedu serta terkesima dengan statement-statment yang telah di pos dalam laman blog ini.
Rasa terlalu puas dan sepatutnya memberi pengajaran ya..
Tahniah....

