Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Kehidupan yang berubah saban hari..
Itu lah manusia.. yang sering berubah.. mengikuti peredaran zaman.. tidak terlepas aku mahupun engkau yang akan berubah dari sesuatu baik kepada lebih baik.

Tapi.. perubahan yang dilakukan yang keterlaluan amat memberikan kerengsaan kepada mata yang memandang... berubah pendirian... melanggari prinsip persahabatan dan prinsip hidup yang dipegang selama ini di buang ke tepi hanya kerana mendengar kata-kata kosong sekelian manusia yang selama ini hidup untuk terus-menerus mengharapkan belas dan simpati.. tidak lupa kepada yang mengambil kesempatan.. Harap kamu sedar dengan itu..

Tapi.. aku siapa yang ingin menghalang kamu dari mengalami perubahan.. menerima pengalaman kerana pendidikan yang paling baik itu adalah daripada pengalaman.. dan pengalaman juga lah yang mengajar aku erti kehidupan.. begitu jua kamu yang akan terus mengenal erti kehidupan dari pengalaman pahit yang akan kamu tempuhi nanti..

Semoga persahabatan ini akan terus utuh.. walau kamu beda prinsip.. tapi aku sentiasa menghormati prinsip kamu tu...
2 Responses
  1. flyz Says:

    biasala kehidupan kan..


  2. pepol Says:

    nice blog...can we exchange link??


Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers