Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Perpustakaan UiTM: Evolusi kepada nilai ilmu

Semasa menyelusuri laman web di google, tetibe bertemu dengan imej ini. Cadangan pembinaan perpustakaan baru UiTM di Kampus Puncak Alam.. Wah wah..... meriah dan canggih katanya..

Apabila dirisik-risik dengan seorang rakan di Puncak Alam, pembinaan itu masih belum dilakukan tapi rekabentuknya mungkin sama atau mungkin tidak. Tapi apa yang terjadi semuanya akan menjadi canggih dan menawan.. Huwaaa :((.. Nak rasa chu ols..

Dirisik lagi dengan seorang pensyarah.. Apabila segalanya siap pada tahun 2020 mungkin, keseluruhan kampus akan ada sistem pengawalan suhu yang canggih.. Membuatkan kita semua nyaman belajar di UiTM..

Itulah yang kami bangga dengan UiTM... UiTM di Hatiku..
Rasa PUAS sangat..
Semalam, pabila sedang berborak bersama teman karib.. seseoang telah menelefon, memberitahu khabar berita yang gumbira..

Katanya.. orang yang sepatutnya membaca blog aku sudah tersentap-sentap dan terkedu-kedu serta terkesima dengan statement-statment yang telah di pos dalam laman blog ini.

Rasa terlalu puas dan sepatutnya memberi pengajaran ya..

Tahniah....
Logo baru KDBM UiTM Perak

Harap approve la.. ngee :D
Memulakan Langkah Perdebatan

Hari cuti tahun baru cina dihabiskan dengan Latihan Debat di UiTM Shah Alam. Walaupun buat pertama kali, ianya sangat menarik dan CABARAN.. Huwaa..

Walaupun ia sekadar latihan, terlalu banyak aku belajar dalam menempuh dunia perdebatan ini. Thanks kepada Shuk kerana telah membawa aku ke dalam dunia perdebatan.

Walaupun hanya 4 kali dalam dewan perdebatan sepanjang tempoh latihan, itu telah memberikan terlalu banyak pengalaman dan tatacara perdebatan yang tepat dari segi teknikalnya dan strukturnya.

Huwaa.. semuanya dalam kenangan. Sekarang, hanya perlu berlatih sendiri untuk pertandingan seterusnya... TAKUT....

Thanks kepada semua yang telah membantu: Abang Zarul, Abang Mont, Abang Bonat, Abang Fizan, Abang Sam, Kak Mas, Kak Zam, Kak Ape Tah Nama Die.. dan Abang Tak Tau jugak name die...

Thanks semuanya
Keikhlasan dalam roh penulisan

Pabila kita menghadap satu kertas kosong? Adakah kita mempunyai satu semangat atau saya kira sebagai satu istilah yang saya katakan sebagai roh penulisan. Adakah kita mahu mencoretkan sesuatu?

Kadang ya kadang idak bukan.

Ada yang melukis, ada yang menulis, ada yang mencoret sesuatu. Terpulang..

Tapi kali ini kita fokuskan kepada roh penulisan itu sendiri. Adakah anda mempunyai satu roh penulisan yang asli atau yang dipupuk supaya dapat menulis? Jua terpulang kepada anda. Tapi yang ingin dikatakan di sini adalah keikhlasan dan ketelusan dalam bermain dengan roh penulisan. Adakah anda mempunyai satu pendorong seterusnya roh itu datang?

Persoalannya, apa yang menentukan sebagai keikhlasan dan ketelusan dalam mengendalikan roh penulisan. Apakah tujuan anda untuk menulis?

  • Suka-suka
  • Memuaskan fikiran
  • Kenang-kenangan
  • Pengetahuan pembaca lain
  • Atau saja mahu menunjukkan bahawa: Akulah yang pandai menulis
  • Atau.. hanya untuk tujuan lain... (Malas mahu mengkatagori: takut terbuat fitnah)
Hal ini juga dikatakan jelas menunjukkan 2 indikator terakhir merupakan ketidakikhlasan dalam penulisan. Kerana penulisan ini walau untuk di jual, tapi mesti ada keikhlasannya tersendiri. Memberikan ilmu, memberikan kepuasan kepada orang lain.. Dan jua memberikan kepuasan untuk diri sendiri.

Pabila keikhlasan itu ada, maka penulisan itu akan terjadi persis indah dan menawan, sedap untuk di baca dan difahami. Kerana keikhlasan sebati dengan roh penulisan..

Itulah yang dikatakan keikhlasan dalam roh penulisan..
Madah Berhelah



Uolzz!! Ingat ni...

Di dalam keayuan dan kelembutan,
ada terselit
KEHEBATAN


From
ZhaRftLiey
UiTM Melaka
Latihan Praktikal di Fakulti Perakaunan

Eh eh.. dah minggu praktikal. Itulah yang aku rasakan pabila sampai saat-saat aku memulakan latihan praktikal walaupun hanya seminggu.

Fakulti Perakaunan. Nak kata best, best jugak la sebab dapat jumpe shuk, kaled, uzey (yang gay itu) dan semua warga Fakulti Perakaunan.

Ok lah.. Mari kita lihat apa yang telah aku lakukan semasa di Fakulti Perakaunan.

Hari pertama: Lapor diri dengan Encik Azman, jumpe dengan Kak Ti, amik punch card dan punch untuk pertama kali. 7.57 ya.. 3 min lagi sebelum jam itu bernyanyi.

Tugas pertama, apa ya.. hurm.. menghantar dokumen ke HEA.

Seterusnya, check punch card, tengok la sapa yang lambat dan rekodkan. Filing tidak dilupakan, tugas itu tidak akan terlepas dari pandangan mata pelajar praktikal.

Apa lagi ya.. perkara menarik: hurm. tak de ape2 kot. Semuanya berjalan seperti biasa

Banyak juga yang aku pelajari semasa berada di Fakulti Perakaunan. Surat menyurat jangan la cerita, filing dan sebagainya.

Yang bestnya, hari Khamis dan Jumaat, Kak Ti pula bercuti kerana ada hal dan MC. Wah wah, aku pula yang jadi Kak Ti. Penat juga ya jadi Kak Ti, dengan En. Azman, Encik Zool, lecturer lain yang meminta pertolongan, surat menyurat..

Lenguh bahu katanya.. panggilan telefon juga agak tidak berhenti.

Apa pun memang seronok bekerja di Fakulti Perakaunan. Encik Azman memang baik, Kak Ti pun banyak membantu, Lecturer memang seronok dan semuanya pun baik.

Agak sayu juga la pabila meninggalkan tempat curah bakti itu.. Huwaaaaaa ;(

Fareez yang bagi... TAHNIAH
Yang penting, dia telah hadiahkan cenderamata untuk aku yang terperap di rumah bersama Boy.. walaupun tadi berjalan kaki ke Muhibbah, mencari makanan...




Semalam Fareez dan 'rakan' serta rakan-rakan bercuti ke Pangkor...Meriah katannya..



Tahniah, kerana masih mahu mengagungkan kawasan percutian tempatan...

Aku sayang MALAYSIA
Tandas terbaik dunia

Mencari-cari gambar untuk post sebelumnya, terjumpa pula gambar ini. Bayangkan anda perlu untuk menggunakan tandas sebegini rupa, bagaimana perasaannya. Tapi yang pasti, tandas serupa ini wujud ya.

Manakan tidak, kalau tidak wujud, bagaimana pula gambarnya wujud kan.. Hurm. itu la ceriteranya..

p/s: Cam mana ya t*** dari tingkat atas dicurahkan.. Ayokkk
Lagi-lagi ISU BAS



Makin ditegur, makin menjadi-jadi.. Itulah yang boleh diibaratkan dengan pengurusan bas ni. Terkadang aku malas mahu berkata-kata. Hanya tunggu dan lihat saja. Bagai mencurah air ke dalam tempayan bocor, makin dicurah, semakin kering.

Malas la nak cakap banyak-banyak. Nanti kene banned, tak leh la nak naik bas nanti.

Sapa yang faham tu, tu la ceritanya.. Yang tak faham, mari cari ceriteranya..
Bahasa Melayu: Bahasa pertuturan yang kian pudar...
Marilah kita sama-sama mengagungkan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu yang kini semakin hari semakin hilang ditelan zaman.. Apa yang hilang? Keasliannya yang kian pudar pabila celup-mencelup dijalankan untuk dijadikan perkataan bombastik dan global. (bombastik dan global juga perkataan ambilan).

Tapi apakan daya kita. Apa yang perlu hanya kita perlu adalah mempertahankan dengan apa cara sekalipun. Caranya? Mudah saja... MENGGUNAKANNYA.

Saya tidak kata kita tidak boleh mengamalkan bahasa lain tetapi bahasa ibunda kita perlu diagungkan dan dipertahankan penggunaannya.

Hanya kagum melihat rakyat Indonesia yang hanya menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantaraan. Pernah satu ketika, terjumpa seorang warga Indonesia yang berbangsa Cina dapat berbahasa Indonesia dengan fasih sekali dengan dialek Indonesia yang sangat pekat. Tiada dialek cina, yang ada hanyalah dialek INDONESIA yang sangat pekat.

Mari kita lihat senarionya di Malaysia, orang cina negara kita pabila berkata-kata dalam bahasa Melayu, kenapa ada slanga bunyi cina?..

"Lu olang ada sana kah? Mari makan ini nasi lemak lor"

Lihat.. inilah yang dikatakan sebagai perosak bahasa. Tapi apa yang kita boleh buat ketika ini? Mahu mengubah kembali lidah mereka? Mungkin boleh kepada yang muda, yang masih kecil mungkin boleh dengan metod yang tertentu.

Apa yang terjadi, pabila orang Melayu berkata-kata dengan bangsa Cina, secara automatisnya bunyi dialek akan berubah..

"Ada lah apek.. Lu makan dulu lor.. Nanti wa makan sama lu"

Kenapa kita bisa jadi sedemikian rupa?

Kajian demi kajian yang dilakukan secara persendirian mengenai perihal ini. Hanya bertanya kepada beberapa orang korespondan yang terdiri daripada pelajar UiTM Perak sendiri dan tidak lupa kepada pensyarah yang sempat saya temui.

Jawapannya mudah. Kelemahan tatabahasa yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian rupa. Orang cina misalannya, bahasa ibunda mereka merupakan bahasa cina dan tentunya kadar penggunaan bahasa lain seperti bahasa Melayu sangat rendah. Hanya digunakan pabila berurusan dengan orang Melayu sahaja. Maka mereka ini hanya tahu berbahasa melayu pada peringkat asas yang membolehkan mereka berkomunikasi terutamanya dalam hal-hal dagangan.

Secara fokusnya, golongan ini kurang memahami perkataan-perkataan bombastik dan global dan yang sukar difahami. Maka pabila komunikasi tercipta, terkeluarlah perkataan Lu, Wa dan sebagainya untuk meningkatkan kadar keberkesanan komunikasi antara kedua belah pihak itu.

Kita pula sebagai orang Melayu, kenapa bertutur dengan dialek cina? Hal ini kerana kita mahukan komunikasi yang pantas dan berkesan kerana orang cina lebih memahami dialek ini. Kesannya, lidah kita pun sebati dengan frasa-frasa di atas tadi.

Itulah adanya.

Persaingan bahasa antara lain dapat juga mengurangkan peratusan kadar pertuturan dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris sebagai contoh terbaik. Pabila kita teliti kembali, komunikasi akan lebih berkesan pabila kita menggunakan bahasa Inggeris. Maka orang kita lebih senang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan.

Di pejabat,di kolej, di kedai-kedai, alangkah mudahnya kita berbahasa Inggeris kerana komunikasi jenis ini lebih berkesan daripada bahasa Melayu itu sendiri. Anda menafikannya? Ya.. anda perlu menafikannya kerana anda pejuang bahasa Melayu tapi berapa peratuskah orang seperti anda?

Apa yang dapat dikonklusikan, keaslian bahasa Melayu itu sendiri makin hari kian pudar dengan penggunaan kata pinjaman, persaingan bahasa dan juga kelemahan dalam aspek tatabahasa. Oleh itu, bagaimana pula untuk mempertahankan bahasa itu?

Banyak cara. Disiplin, pelajari dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Itu saja.

Tapi memang kita semua sedia maklum, memang tidak mudah untuk diimplimentasikan kepada kehidupan seharian tapi paling kurang, kita mencuba untuk melakukannya. Kita tidak kena saman pabila menggunakan bahasa kebangsaan yang kita perlu banggakan ini.

Akhir kata.. Bahasa Jiwa Bangsa
Selamat Datang kepada kepimpinan baru MPP UiTM Perak

- Logo MPP UiTM -

Tahniah kepada yang telah berjaya menerajui kepimpinan yang sekian lama menjadi tanda-tanya sudah pun diketahui tanpa ada syak wasangka lagi.. Mungkin sidang media akan dilaksanakan tidak lama lagi untuk mempekenalkan kepada semua warga kampus.

Sepertinya, kepimpinan kali ini sedikit-sebanyak dilihat dapat memberikan hala tuju yang 'baru' dalam pengurusan dan gaya hidup pelajar di UiTM. Jangan hanya pentingkan diri sendiri dengan pangkat dan jawatan, dan mengambil segala keistimewaan sebagai seorang wakil pelajar tetapi kerjaannya.. NAN HADOW..

Seharusnya, pihak MPP itu sendiri perlu membuat satu majlis mempekenalkan warga tampuk pemerintahan yang baru supaya pelajar dapat berkenal-kenalan dan seterusnya mengeratkan ikatan silaturahim antara pelajar dan MPP.

Terangkan kepada semua, apakah fungsi-fungsi MPP, apakah yang dapat MPP lakukan dan seharusnya MPP dapat membuat satu majlis DIALOG bersama pelajar supaya dapat mendengar rintihan dan luahan rasa semua pelajar.. dan tugas utama MPP untuk membawanya ke pihak atasan amat diharapkan.

Apapun, tahniah kepada YAB kerana telah menduduki tangga teratas kepimpinan dan berharap dapat mengotakan apa yang di kata.

p/s: Tak sabar nak tengok peti cadangan YAB tu.. tak sabar nak tulis macam2..
Demam pilihanraya


e-Voting.... Pilihanraya yang tidak telus..

Diam tidak diam, kita sudahpun melangkah ke tahun baru 2010 dan tentunya akan membawa rahmat dan berkat dari Ilahi.. Masa berlalu, muka-muka kepimpinan jua bertukar..


Tiba masa untuk pilihanraya Kampus UiTM yang baru.. Seperti yang sedia maklum, penamaan calon sudah berlaku hari ini dan 6 orang akan bertanding untuk mewakili kawasan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat.


Tapi bukan fasal calon yang aku ingin perkataan. Tapi mengenai langkah KPT menggunakan sistem e-Voting untuk memudahkan sistem pengiraan undi dan mendapat keputusan segera (instant result).


Yang pastinya ini adalah sistem buatan manusia yang menggunakan teknologi terkini, pastinya boleh ditukar dan boleh dimanipulasi dan digodam..


Ketelusan dalam sesuatu pilihanraya bergantung kepada sistem pengiraan yang dilakukan, sama ada manual atau automatis.. dan yang pastinya, pengiraan secara manual dan tradisional dilihat sebagai satu cara yang penuh efektif tetapi tidak effisien.


Ya.. tidak effisien.. memang itu hakikatnya kerana undi terpaksa dikira satu persatu, tanpa ada syakwasangka kerana disaksikan oleh wakil dan calon yang bertanding. Lambat dan memenatkan tetapi keputusannya sangat tepat dan telus..


Jika menggunakan komputer, keputusan boleh dipertikaikan dan sepertinya nama dan data pengundi jua dapat dikenalpasti dan bercanggah dengan etika dan prinsip "UNDI ADALAH RAHSIA".


Pabila kita renung kembali, pabila menggunakan sistem elektronik yang semestinya boleh ditukar, diubah dan dibaikpulih, maka keputusan juga boleh ditukar, diubah dan dibaikpulih.


Ditukar - jika pemenang adalah pembangkang

Diubah - jika pemenang adalah pembangkang

Dibaikpulih - jika pemenang adalah pembangkang


Maka... semua pemenang adalah kerajaan. Meriah bukan.. maka tidak perlu untuk kita keluar mengundi bukan?


Sebagai contoh.. UiTM Perak jua menggunakan sistem e-Voting dan pemenang yang lepas adalah pemenang yang tidak disangka-sangka. Dijangka menang lain, lain pula yang naik takhta... Maka sistem ini jua yang dipersalahkan..


Mungkin pihak UiTM Perak sendiri telah memilih bakal MPP awal-awal lagi untuk mengelakkan 'kekecohan' jika yang menang nanti bukan dari golongan yang pro-uitm tetapi pembangkang. Mana kita tahu ?.. Mungkin jua keputusan telah diubah.. Siapa tahu.. Mungkin jua keputusan sudahpun dibaik pulih. Siapa tahu.. Hanya pihak yang melakukan yang tahu dan ALLAH yang maha esa.


Aku ini sebagai pelajar di UiTM ini hanya berharap tiada penyelewengan dan konsep PECAH AMANAH dan KRONISME dalam pemilihan MPP kerana ini akan menghancurkan UiTM itu sendiri.. Pembangkang tidak semestinya memberontak untuk dapatkan apa yang mereka mahu dari UiTM..


Diharapkan.. MPP yang baru ini dapat memberikan satu perubahan yang baik dan baharu dalam memastikan UiTM ditangga yang tinggi dalam dunia pendidikan di MALAYSIA
Maxis Broadband.. Babi, tak beradab, sial dan sebagainya
Babi, tak beradab, sial dan sebagainya... Itu saja yang boleh aku katakan pabila Maxis dengan biadabnya menukar pakej Maxis Broadband kepada Data Usage... bukan kepada penggunaan bulanan.. Itu yang pastinya.

Sebagai contoh, aku sendiri telah menggunakan Maxis Broadband dan membayar RM 99 sebulan dengan kelajuan 3.6 mbps. Tiada masalah dengan kelajuan tetapi pabila telah mencapai had penggunaan (3gb) kelajuan akan diperlahankan...

Tetapi kini, RM 99 adalah untuk 3 gb sahaja.. bukan sebulan ya.. Pabila mencapai 3gb, secara automatis, internet akan dipotong dan tidak dapat digunakan. Jika ingin membeli had kredit yang lebih banyak adalah

RM 18 untuk 500mb dan RM 28 untuk 1gb.
Wah wah.. inilah yang dikatakan sebagai memakan duit haram....
Tahniah.. pegi saja ke CYBERCAFE.. RM 1.50 je sejam..
Melayu perlu bangga ada bangsa MEREMPIT?.. kata hikmah FARID KAMIL



Kalau anda semua menonton rancangan TERJAH pada malam isnin.. anda akan melihat kebodohan dan keHANJENGAN si Farid Kamil yang agak tersentap pabila filem baru beliau ditapis dan dipotong lebih daripada 60% dari cerita asal. Apa kes?


Yang penting, si Farid Kamil yang menjadi pengarah filem REMP-IT V3 (yang ditukar judulnya kepada V3: Samseng Jalanan) yang hanya berkata dengan sentapnya:


"Saya rasa bahagian yang dipotong itu tidak ada adegan yang yang bukan-bukan seperti aksi mat rempit yang melakukan aksi seperti WILLY, WEKANG, dan aksi berbahaya yang lain"


"Kita sepatutnya berbangga dengan aksi begitu kerana MELAYU boleh buat aksi begitu"


(Kata-kata telah diolah daripada perkataan asal)


Berbangga dengan mat rempit?


Berbangga dengan aksi mat rempit?


Berbangga dengan jumlah dan kuantiti mat rempit yang eksiden?


Berbangga dengan jumlah dan kuantiti mat rempit yang MATI?


Berbangga jika kawan dan ahli keluarga anda mati kerana merempit?


Kenapa kita perlu bangga dengan semua ini.. Apa kejadahnya semua ini? Inilah bangsa yang tidak bertamadun, terlalu bangga kepada perkaya yang negatif semata-mata..


Itulah hakikatnya, yang buruk bertambah buruk, yang pandai pun menjadi bodoh... apatah lagi yang sudah sedia ada bodoh.


Penerbit filem Malaysia, sepertinya membuat filem untuk DUIT, DUIT dan DUIT.. seterusnya HIBURAN, HIBURAN dan HIBURAN.. manalah rakyat kita nak bertamadun.


Bukan mahu mengagungkan filem luar, tetapi itulah hakikatnya.. Filem luar dihasilkan dengan objektif yang pelbagai iaitu..


  • Hiburan

  • Keuntungan

  • Kualiti

  • Matlamat yang hendak disampaikan

  • Nilai kemanusiaan

  • Nilai murni

  • Untuk mendapat anugerah...

Semua elemen ini digarapkan dalam satu filem yang membuatkan semua elemen tersebut "masuk" dalam kehidupan kita akhirnya kita tertanya-tanya dan tersebut-sebut.


Bukan menjadi seperti David Teo, yang menerbitkan filem nisbahnya 1:9, Kualiti : Hiburan


Kenapa tidak dilakukan seperti ini.. Nilai kualiti dan nilai hiburan seimbang.. Bukan tidak boleh jual filem yang berkualiti dan berhiburan sekali gus.


Contoh yang terbaik, filem Cicakman, yang mempunyai kesan khas yang baik, juga dapat dijual dengan penuh warna-warni..


Jadi, jangan jadikan filem di Malaysia hanya sekadar sebagai hiburan dan sebagai "untuk jualan semata"


Fikirkan...

Layout Baru!!!!
Ha ini lah dia hasil pencarian untuk beberapa ketika.. Pencarian laman template yang meriah....Sedang mencari, terjumpa layout yang cantik ini..

MERAH MENYALA... tapi galak mata memandang bukan.

Apapun.. semua komen dialukan dengan hematnya.. Makasih ya kesemuanya di atas sokongan padu..
Aku masih LELAKI !... Ahakz..
Sepertinya memang tidak disangkal lagi aku memang masih lelaki.. Jasadnya masih seorang lelaki, hanya perwatakannya yang berubah.. Tapi ciri2 seorang lelaki masih bertakhta disebalik kepondanan yang ku alami...

Aku mengaku aku pondan? YUP.. aku PONDAN.. So WHAT?

Apa yang mahu ku cerita kali ini adalah ciri-ciri seorang lelaki yang masih ada dalam diri ini..

Yang pastinya, aku tidak jua betah mengikuti langkah setiap pondan terlaksana siapnya kerana aku masih mempunyai banyak hormon2 lelaki.. Hanya perwatakan saja, tingkah laku saja yang menjadi tontonan umum ya..

Owkey, gini lah.

Perbandingan pondan terlaksana siap dengan aku ini..

Atas meja mekap...
Pondan
  1. Moisturizer
  2. Toner
  3. Kapas muka
  4. Tisu
  5. Foundation
  6. Compact Powder
  7. Segala macam jenis mekap
  8. Lotion badan
  9. Deodoran
  10. Wax atau spray
  11. Sikat
  12. Set penjagaan muka
  13. Minyak wangi
Tapi aku.. hanya ada..
  1. Deodoran
  2. Wax rambut
  3. Minyak wangi
  4. Sikat
Ops sikit saja ya.. itu saja yang ada atas meja mekap aku.. Tidak memerlukan masa yang lama untuk bersiap. Hanya 10 min memadai...

Itulah yang aku katakan.. Aku ini lelaki yang simple... AHAKZ....

Lelaki? Hiks
Selamat Datang ke Dunia NR
Hye kesemuanya yang berada di hujung talian... Ahakz..

Selamat datang jua Tahun Baru.. sepertinya tidak menyambutnya di mana-mana. Tetapi sangat seronok berada di rumah..

Apa yang terjadi, aku hanya pulang ke Seri Iskandar pada 1 Jan 2009.. Eh dah 2010.

Ya ya.. aku NR sekarang... Dengan dunia yang lebih bebas tanpa halangan pihak yang bertanggungjawab mahupun yang tidak bertanggungjawab.. KANNNNNNN...

Sepertinya.. tahu2 saja lah siapa tidak bertanggungjawab itu kan???

Tentunya, sangat seronok pabila duduk diluar kampus, dengan kehidupan biasa, kehidupan di rumah.. kehidupan rumah yang bertangga.

Mari kita lihat rutin harianku ya...

6:30 - Bangun tido.. jari-jemari pantas menekan butang ON di PETI TV... MHI chu ols
6:45 - Mandi
7:00 - Siap2
7:15 - Tunggu Bas (Ala-ala bekerja chu ols)
7:40 - Sampai kampus

-----

4:15 - Pulang ke rumah.. nonton CUCU BETONG
6:00 - Masak
7:00 - Cinta Balkis
8:00 - Berita (Sambil buat Assignment)
11:00 - Rancangan menarik di TV
12:00 - Tido..

Menarik Bukan??

Tentunya, siapa yang mahu datang.. ini lah addressnya.. Jejanzz Saja ya

35, Persiaran Iskandar Perdana 56
Iskandar Perdana
32610 Bandar Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan


Jauh di sudut hati.. Masih berharap..
Harapan itu masih ada.. kadang terhilang kadang termuncul, kadang melintasi ruang minda.. ternyata seperti wajah dan nama kau melintasi di hadapan mataku jua.

Tapi penafian yang dilakukan membuatkan aku seperti menipu diri aku sendiri.. dan menjadikan diri ini dilindungi segala macam hipokrasi.

Tapi kala ini, hipokrasi inilah yang dapat menjadi satu tiang untuk aku meneruskan kehidupan ini.. Biasalah tu kan.. Mulut kate tak mahu.. hati masih mahu mengikuti..
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers