Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Kampung VS Bandar... Huwaaa.. penatnya memikirkannya
*Post ini tidak ada kene mengena dengan bangsa-bangsa atau kaum-kaum disesuatu kampung tetapi hanya untuk menyentuh mentaliti sesetengah pihak. Segala kesulitan amatlah dikesali...

Hurm... aku pun kadang-kadang bingung memikirkan soal ini. Kamu yang mungkin berpelajaran tinggi dan sekarang duduk di kerusi yang panas berpangkat tinggi tidak punya etika yang bagus dan profesionalisme yang tinggi. Bagaimana kamu ingin mendidik anak bangsa Melayu jika kamu berfikiran kolot dan kampung? Mungkin boleh dengan cara begitu tapi itu dulu... ya DULU...Kami sekarang bukannya pak TURUT yang mahu saja mengikut apa kata kamu. Apa?? Jika di suruh makan tahi... kami akan mengikutt? Ops... not for me ya.. hanya bangsa yang tidak bertamadun saja yang menurut especially kamu.... BETUL kan? Kerna kamu semua KAMPUNG..

Bukan aku mahu mengagungkan bandar, bukan juga untuk menjatuhkan kampung dan bukan juga untuk menghina kampung.. Ramai juga yang datang dari kampung yang berjaya dengan cemerlang di Universiti atu di mana-mana institut pengajian tinggi. Betul kan... jika dilihat, di Kuala Lumpur aja ramai juga yang dari kampung.. buktinya apa? ya... Betul sekali... Di musim raya, bukankah Kuala Lumpur akan sunyi sepi tanpa berpenghuni? Tapi dalam kes ini, aku jua tidak pasti kerana apa kamu sangat berfikiran kampung dalam menjalankan sesuatu tugasan dan juga kerjaan seharian.

Ha... aku sudah dapat jawapannya.. Sebenarnya kamu tidak kampung.. orang disekeliling kamu yang kampung kan?? Kamu berpangkat tinggi dan berpelajaran cemerlang, mana mungkin kamu seorang yang bermentalitikan kampung.. tidak mungkin kan.. tapi kamu mendapat pengaruh dari orang-orangg yang berfikiran KAMPUNG.. Kamu terus mendengar kata-kata dari seorang yang bermentaliti kampung dan terus terpengaruh.. Owh.. ini rupaya kesan dari bergaul dengan orang yang bermentalitikan KAMPUNG... Sabar la yer...
edit post
Reaksi anda: 
1 Response
  1. salam........
    wah, berbicara soal kampung vs bandar,
    memang mengasyikkan.....

    emmmm....
    saya nak minta saudara berikan ulasan mengenai kewajipan memilih pemimpin....

    untuk maklumbalas, layari blog saya....

    http://jatjenin.blogspot.com/2008/09/memilih-king-kecil-satu-tanggungjawab.html

    hehehehe.......


Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers