Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Kembali mencoret....
Sudah berabat lamanya mungkin ya... aku tidak menjengah laman blog aku ini yang sudah sekian lamanya tidak dikemaskini. Sebenarnya, aku tidak pernah lupa akan blog kesayangan aku ini tetapi tidak punya banyak waktu untuk singgah kerana kebanyakan masaku digunakan untuk menjalankan tugas-tugas yang telah diberikan kepada aku. Banyak juga... Di samping kelajuan internet yang diberikan sangat-sangat "pantas" sehinggakan aku sendiri naik FEDUP...

Hurm... apa yang sempat aku katakan saat ini mungkin tidak banyak kerana kekangan waktu sewaktu final xm tetapi aku mungkin akan berjaga di waktu pagi untuk mengupdate blog ini untuk kenangan aku diwaktu akan datang.. Nanti akan aku ceritakan banyak kisah yang berlaku semasa di semester ke-2 aku berada di UiTM ini...

Nanti-nanti saja ya aku coretkan untuk tatapan kalian... juga untuk kenangan aku..
edit post
Reaksi anda: 
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers