Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Debaran CiTU yang merengsakan jua kegirangan minda
Hurm… apa jua yang aku baca untuk menghadap paper CiTU yang akan tiba Isnin nanti.. Entah apa saja dibelek dua buku yang berlainan warnanya yang cukup memberikan informasi tapi aku jua yang tidak arif isinya. Yang aku fikirkan hanya kenapa tiba-tiba seorang lelaki yang cukup dikenali datang menyergah meminta pulangkan sesuatu yang aku jua sudah lupa akannya. Sentap seketika dan hilang segala-gala yang ku baca sejak pagi tadi.. Perlukah.

Sedang aku berfikir tentang insiden yang agak menyegarkan minda sejak aku membaca buku yang warnanya cantik hijau dan biru yang lantas membuatkan aku terlena, Aku ke atas talian seketika dan hai kepada beberapa yang orang yang aku tunggu untuk menyegah ruang borak. Hurm.. memang aku tunggu ketibaannya dan kami berborak tentang ‘dia’ yang aku cukup benci tapi masih teringat akan engkau.. Hanjing kau kerana sentiasa berada di minda aku…

Tiba-tiba, pintu aku di ketuk oleh sesorang dan selalu pintu aku dikuak tanpa aku berkata “Masuk” tapi kali ini sang pengetuk pintu masih belum memutar tombol. Aku jua yang bangun dari tempat duduk dengan cukup malas dan membuka pintu. Berdiri tegak di depan mata, orang yang tiada dijangka mahu ke bilik aku..

Kedatangannya amat membuatkan aku gembira kembali dan ceria. Terus penghuni dari aras 2 jerit memanggil suruh aku naik dan bergembira bersama mereka. Aku terus naik dan mengajak kembali tetamu tak dijangka tadi naik jua untuk bergembira seadanya.

HaaaHaaa Huuu Huuu…Heee Heee.. begitu la cerianya kami berada di sana walhal CiTU akan melanda kami semua pelajar junior. Huh biarkan saja asalkan hidup bahagia setelah di selubungi hari-hari yang agak suram dikala peperiksaan akhir…… Dan akhirnya kami semua tidak melelelapkan mata sehingga mathari menjengah ke jendela bilik.

Kami berdua tertidur semasa peperiksaan berlangsung.. tetapi dapat menjawab soalan dengan baik sekali karangannya. Ayat semua disusun dengan begitu baik walaupun setelah tidur selama 10 min. Tapi apa cara sekalipun aku cukup puas kerana dapat memulakan minggu dengan cukup kegirangan….
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers