Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Yang mana lebih menyakitkan, di cocok terus atau sedikit demi sedikit...
Mungkin situasi ini merupakan klimaks kepada segala-galanya dan dugaan yang terbesar buat aku setelah seronok-seronok bersama teman-teman kampus dan seharusnya aku lebih berhati-hati dari percaya dengan orang yang mempunyai beberapa wajah yang berlainan dan akan bertukar bila saja di ingininya.. Jua mempunyai sebilah pedang yang tajam dan jua panjang supaya senang di cocok dari belakang tanpa aku sedari.

Seperti biasa.. di kala senang datang menghampiri dan di kala susah datang jua untuk menambahkan beban yang sedia ada di bahu kanan dan kiri mahupun yang dijinjing dan jua yang berada di pundak dan di jiwa.. Hal ini belum saja di fikirkan yang berada di minda yang perlu di asah supaya tajam... Banyak yang perlu difikirkan dan dilaksanakan dengan terikat dengan kontrak sosial yang amat menyakitkan jiwa persis di cocok dengan kuat dan terus tembus di benak suci ini.

Lantas benak suci ini bila saja di cemar dengan kata-kata kesat yang di lemparkan secara spontan dan tiada menggunakan minda ciptaan tuhan membuatkan acara menjadi lebih dramatik. Jua lumrah dram, ia tidak berhenti di situ saja. Sepertinya bersiri dan berepisod.. episodnya bukan berlaku setiap hari.. tapi........ setiap minggu..

Yang pasti episod-episod yang ku lalui amat memedihkan seperti dicocok dan itu jua yang berlaku saban minggu malah saban hari jua aku dicocok sebegitu..Kalian bayangkan ya betapa luka ini yang hampir pulih berdarah kembali dan menjadi nanah yang berulat kerna tidak diubati.. Kerna apa. aku jua teramat sibuk untuk mengubati luka sendiri.. apa lagi yang menghasilkan luka tersebut terus-terusan menyakiti aku... tanpa rasa jemu dan tanpa rasa bosan malah gembira pula aku di lakukan seperti begitu..

Dan setiap episod drama yang aku lalui sepertinya mempunyai klimaks yang mungkin tinggi impaknya atau mungkin jua impaknya akan berterusan seperti episod-episod yang aku lalui... dan mungkin edisi yang akan kau lalui akan lebih teruk kesannya kepada diri sendiri dan masa depan kamu..
edit post
Reaksi anda: 
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers