Penafian
Aku baru saja selesai menonton 3R di TV3 yang kali ini menyentuh tentang PRIVASI. Topik yang aku kira sangat bagus untuk dibincangkan bagi membendung gejala pecah privasi yang semakin runcing dari hari ke hari.
Tapi aku sangat suka dengan isu Gangguan melalui Saluran Telekomunikasi Digital yang dipaparkan minggu ini. Menurut kata hos 3R, Rafidah, Celina dan Tini, maksud pernyataan ini adalah ganguan atau ancaman yang yang dilakukan secara digital melalui sistem telekomuniasi yang canggih seperti perkhidmatan atas talian, telefon dan sebagainya. Hurm.. termasuk lah SMS, blog, laman web, panggilan misteri dan macam-macam lagi cara yang digunakan untuk mengancam dan membuat gangguan.
Gangguan dan ancaman yang dimaksudkan ialah gangguan emosi, seksual dan sebagainya yang boleh dikategorikan sebagai ganguan termasuklah jua gangguan privasi. Anda pernah menerima SMS yang berbaur seksual atau sms yang berulang dari satu hari ke satu minggu, dari satu bulan ke satu tahun.. Cukup lama ya.. Itu lah yang dikatakan sebagai gangguan melalui medium digital.
Bukan SMS saja ya. Gangguan atau ancaman melalui blog juga boleh juga didakwa di mahkamah. Hurm.. kepada penulis blog seperti aku, terpaksa jua berhati-hati untuk mengeluarkan pendapat dan pernyataan. Myspace dan Laman mencari kawan juga antara satu medium untuk mengganggu secara digital.
Tuntasnya, sebarang bentuk ancaman atau gangguan yang disalurkan secara digital boleh memecah privasi seseorang dan boleh diheret secara perlahan atau secara kuat ke mahkamah. Dakwa saja ya. Siapa-siapa yang mempunyai pengalaman atau bakal menerima pengalaman ini atau yang sedang menerima ancaman secara digital ini, pastikan saja anda mampu berjalan ke Balai Polis untuk membuat report.. atau jika tiada upaya, boleh membuat laporan secara digital di laman web SKMM. Hurm... banyak juga kegunaan aplikasi digital, ancaman dan juga laporan.
Credit kepada 3R di atas semua fakta yang digunakan. Relex, Respek, Respon....
Post a Comment
Makasih sebab comment ya....