Penafian
Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Tajuk yang amat sensitif dan ini yang berlaku di kalangan kita orang melayu.. Jangan terkejut jikalau saya hari ini menggunakan bahasa yang penuh bertatasusila dengan penggunaan tatabahasa yang agak tepat.
Hal ini juga yang berlaku terhadap saya yang rasanya berulang-ulang kali terlakunya perbuatan ini.. Kejadian manusia begitu rupa yang sering mengagungkan sifat hasad dengki dan sikap suka menjatuhkan orang lain.. Pernyataan ini bukan bererti saya tidak mensyukuri ciptaan tuhan tetapi inilah hakikatnya..
Bagaimana mahu menghakis sifat dan sikap yang telah sekian lama bertapak dalam pemikiran orang melayu. Apa salahnya kita berganding bahu untuk menjayakan satu organisasi mahupun satu majlis agar menjadi lebih sempurna. Pendapat orang yang lebih muda jangan sekali-kali di abaikan kerana mungkin akan membawa perubahan dan revolusi kepada kebiasaan yang sekian lama jua dipertahankan. Ada juga baiknya kita menjaga yang lama dan pertahankan yang klasik.. tapi sampai bila kita hanya mahu bertaut di takuk lama. Inilah persoalan yang sering di timbulkan oleh kaum muda setelah acap kali di tindas habis-habisan.
Kita seharusnya lebih menghargai tenaga muda dan sifat menjatuhkan orang lain perlu dihakis sedikit demi sedikit tetapi secara total agar kita dapat melahirkan rakyat yang lebih berintergriti.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Makasih sebab comment ya....