Penafian
Apa perlunya meeting ini jika tiada pengisian yang spesifik? Mahu bertemu dengan aku yang tersangat chomel ini aku kira.. Mungkin jua ya.. tapi mungkin kerana tiada perancangan yang spesifik.. ini adalah membuang masa bukan.
Hrm.. ntahlah.. yantg pasti, untuk tidak mengelakan pertelingkahan, terpaksa jua aku menghadiri meeting dan discussion ini.. tapi bagus jua... kerana kita akan diupdatekan dengan informasi yang baru.. lebih senang untuk melakukan kerjaan.
Huwaa..... malam ini sekali lagi 2 meeting yang perlu aku hadiri.. sungguh penat ya..
(Teringat bila aku dipanggil meeting seminggu sekali oleh Mr Victor, kak Nana bersama Lony.. Huwaa.. rindu sama kalian)
Walaupun sudah lama tidak menjengah ke laman blog ku ini, kini kembali aku coretkan sesuatu untuk aku sendiri ingin mengenang masa lampau tapi ada jua yang berkata-kata... "Mengapa perlu di kenang masa lampau".... Agak tidak bertamadun juga ya kadangkala manusia di sekeliling kita dan seharusnya kita perlu bijak menilai yang mana perlu dibontoti dan yang mana perlu dijauhi.
Aku yang sepertinya suka membaca-baca buku Sejarah kebelakangan ini terkesima dengan satu ungkapan yang aku baca : Sesiapa yang tidak mengingati Sejarah, maka dia akan mengulanginya. Hurm... betul sekali apa yang di katakannya. Sangat bertepatan dengan apa jua yang terjadi kepada aku. Aku sering terfikir kenapa perkara yang sama sering kali berlaku dan berlaku dengan berulang-kali dan membuatkan aku sering menangis, kadang-kala ketawa mahupun tersenyum, melonjak-lonjak dengan girang sekali... Rupa-rupanya aku sendiri juga yang sudah lama kepada sejarah. Sejarah yang pernah terjadi kepadaku satu masa dulu.
Perlukah aku mengingatinya dan lantas membuatkan aku mengangis teresak-esak. Jawapan yang aku boleh bagi ialah PERLU dan sepertinya perlu untuk kita mengingat kenangan lama dan seterusnya mengajar kita supaya memperbetulkannya di masa hadapan.
Lantas ... baru aku tahu apakah kegunaan sebenar sebuah DIARI.. Rupa-rupanya kepada orang-orang di sekeliling aku yang sungguh rajin untuk mengemas kini diarinya setiap hari merupakan seorang yang sungguh bagus dan sukar untuk melakukan kesalahan kerana setiap kesalahan yang dibuat akan direkodkan dan kadang kala dibaca untuk mengimbau kenangan.
Kadangkala terdengar juga bait bait lagu nyanyian New Boyz : Sejarah Mungkin Berulang....... ia mungkin terjadi kerana kita seorang manusia dan sering melakukan kesalahan tapi janganlah pula di buat kesalahan yang sama berulang kali. Yang melakukan itu mungkin orang yang tiada kenangan langsung.... BELAJAR DARI KESILAPAN